Header Ads

‘Ambillah kedai runcit ini, saya tak mampu bayar kompaun’ - Peniaga kedai runcit di Kota Bharu pula kena kompaun RM50,000

 


Belum lagi reda dengan isu kompuan RM50,000 ini, jika semalam dua orang peniaga masing-masing menjual burger dan seorang lagi menjual colek meluahkan rasa kesal dan kecewa kerana dikenakan kompuan selepas menjalankan perniagaan lebih masa dari yang ditetapkan SOP semasa PKP berkuatkuasa.


Hari ini timbul satu lagi keluhan dari seorang peruncit di Kota Bharu apabila dia juga telah dikenakan kompuan sebanyak RM50,000.Pemilik kedai runcit terbabit, Mansah Marjurin berkata, "Ambillah kedai runcit saya sebagai ganti, memang saya tidak akan mampu untuk membayar kompaun sebanyak RM50,000".

Dia yang berniaga kedai runcit di Jalan Chempaka di sini berkata, sememangnya dia tiada kemampuan untuk membayar kompaun kerana bayaran rumah juga sudah tertunggak tujuh bulan selain sebuah kereta ditarik oleh pihak bank sejak PKP.


Menceritakan kejadian jam 11.40 malam itu ketika didatangi empat anggota poIis, bapa kepada tiga anak berusia tiga hingga sembilan tahun itu berkata, premis kedai runcit miliknya sudah ditutup, namun hanya pintu kecil tidak berkunci kerana ketika itu ada saudara datang berkunjung.



"Memang saya sudah menutup kedai dengan keseluruhan pintu sudah dikunci, namun jam 10 malam saudara isteri datang berkunjung di kedai dan ketika itu kami sedang berborak di dalam kedai.


"Pintu kecil pula dibuka kerana ada anak kecil yang keluar masuk, bukannya untuk pelanggan. Selepas itu saya terkejut apabila anggota poIis datang dan bertanyakan kenapa kedai masih beroperasi.


"Saya sudah menjelaskan dengan menunjukkan pintu gril yang ditutup namun tetap disa.man dengan jumlah RM50,000," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Mansah yang berasal dari Bukit Tinggi, Klang mengakui sangat terkejut melihat jumlah kompaun yang dikenakan kerana pendapatan mereka sekeluarga hanya bergantung kepada jualan kedai runcit dan isteri juga tidak bekerja.


"Sejak malam itu, saya buntu dan tidak mengetahui apa yang perlu dilakukan. Saya juga belum membuat rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah kerana masih dalam suasana terkejut. Mungkin hari ini baru saya pergi membuat rayuan.


"Jika diminta bayar, memang saya tidak mampu, ambillah kedai runcit saya sebagai ganti," katanya yang tinggal di Taman Tanjung Mas, di sini.



Dia turut berharap ada pihak tampil membantunya selain membantu dua peniaga lain yang dikenakan jumlah kompaun sama.


Media semalam melaporkan, Ketua PoIis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 yang dikenakan terhadap tiga peniaga termasuk peniaga burger di sini, Ahad lalu.


Beliau dilapor berkata, pihaknya akan memanggil semula orang yang dikenakan kompaun (OKK) membabitkan tiga peniaga itu.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.