Header Ads

“Apa Beza Dengan Bujang, Kami Pun Ada Mak Ayah” - Ramai Netizen Kecewa Keputusan Pelajar IPT Balik Kampung?

 


Baru-baru ini, Majlis Keselamatan negara (MKN) mengadakan satu mesyuarat sidang khas dan telah bersetuju membenarkan pelajar-pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri kecuali negeri Sarawak.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah menetapkan beberapa mekanisme kawalan di mana pergerakan pelajar akan dilaksanakan secara berfasa.

Menerusi laporan dari portal gempak, jika keputusan tersebut dianggap sebagai satu 'hadiah' buat pelajar institusi tinggi kerana dapat pulang beraya dengan ibu-bapa masing-masing namun menerusi tinjauan ramai netize yang tidak berpuas hati dengan perlaksaan tersebut.


Ada yang beranggapan kerajaan seperti pilih kasih sedangkan ramai lagi yang berada diperantauan dan sudah agak lama tidak boleh jenguk orang tua di kampung kerana perlakasanaan PKP,PKPB mahupun PKPP yang tidak membenarkan orang ramai merentasi negeri kecuali atas dasar kerja dan kece.masan sahaja.Dan perlu mendapat kebenaran bertulis dari pihak berkuasa.


Alasannya, bukan pelajar sahaja yang mempunyai ibu bapa di kampung.


“Apa beza pelajar dengan individu bujang, kami pun perantauan”


“Bujang dan berkahwin sudah berbulan tak balik raya, apa beza dengan pelajar”


“Aku last balik raya haji tahun lepas weh, mak saklt pun kirim doa je lah. Aku tak beberapa nak setuju la hal ni, ke ok je pelajar balik, entah lah” tulis beberapa netizen.


Walaubagaimanapun begitu, hasil tinjauan menunjukkan masih ramai yang mempertahankan keputusan berkenaan memandangkan kebanyakan kafe atau kedai akan tutup pada sambutan Aidilfitri.


Malah, situasi pelajar dengan individu bekerja amat berbeza.


Difahamkan, pergerakan pelajar sempena Aidilfitri ini dianggarkan melibatkan 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada jumlah keseluruhan 1.3 juta pelajar.


Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan illustrasi semata-mata


Kredit : Dipetik dari portal gempak

No comments:

Powered by Blogger.