Header Ads

Asyraf Khalid mohon maaf kepada netizen selepas viral ramai orang datang melawat Siti Nurhaliza di hospital

 



Tahniah diucapkan kepada selebriti tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan anak keduanya pada 19 April lalu.


Namun disebalik berita gembira tersebut ada berita yang tidak sedap didengar selepas Video dimuat naik anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid yang memaparkan Siti menerima kunjungan ramai tetamu di hospital menarik perhatian netizen kerana dikatakan tidak mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.


Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, Asyraf yang juga seorang ahli perniagaan tampil menjelaskan keadaan sebenar. Menurut beliau, dia bersama individu lain sudah mendapat kebenaran pihak hospital selain patuh dengan SOP ditetapkan.


"Pada asasnya semua ikut SOP. Kami pakai pelitup muka dan sebagainya. Cuma, ketika ambil gambar pihak jurufoto dan jurukamera minta buka. Semua orang yang datang pada hari tu sudah mendapat kebenaran pihak hospital.



"Sebagai anak, apabila Mak Iti (Siti) nak bersaIin, tentu saja gembira. Lagipun jarak hospital dengan rumah saya hanya lima minit saja," katanya.


Menurut Asyraf, dia tidak membawa jurukamera dan jurugambar, sebaliknya disediakan pihak Siti Nurhaliza Productions (SNP) bagi tujuan rakaman," katanya kepada Harian Metro.


Namun, Asyraf yang juga suami kepada penyanyi dan usahawan, Tya Ariffin memohon maaf sekiranya perkara itu mengundang pertlkaian segelintir pihak.


"Mungkin ada juga salah saya di situ dan saya belajar dari kesilapan itu. Kalau ikut kebiasaan, jika dapat adik baharu mestilah nak kena pergi tengok. Tapi, dalam keadaan sekarang normal itu sudah berubah.



"Jadi, saya minta maaf jika perkara ini ada menggurls sesiapa termasuk netizen. Saya dengan keluarga okay. Harapnya perkara ini tak dibesarkan dan biarlah ia reda," katanya.


Bagaimanapun, video berkenaan sudah dipadam di Instagram dan saluran YouTube Tya Ariffin Family.


Terdahulu, tular gambar dan video memaparkan Siti menerima kunjungan ramai termasuk jurugambar dan jurukamera selepas dia melahirkan anak di sebuah pusat perubatan di Selangor hingga mengundang keca.man netizen.


Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.