Header Ads

“Boleh Akibatkan Gangguan Fungsi Otak…”- Kanak-Kanak Belum Baligh Tak Digalakkan Berpuasa, Ini Penjelasan Dr. Izzar

 


Seperti yang kita tahu, Umat Islam yang sudah akhil baligh diwajibkan berpuasa kecuali mereka yang ada peny4kit, orang tua yang sudah uzur mahupun wanita yang datang bulan.


Baru-baru ini Dr Mohd Izzar Anwari yang juga merupakan suami kepada selebriti Ummi Nazeera ada memuat naik satu perkongsian berguna di laman sosialnya berkaitan dengan puasa.


Dr. Izzar mengingatkan ibubapa agar berpada-pada dalam menyuruh anak untuk berpuasa kerana bimbang ia akan memudaratkan anak-anak.


Para ulama memang dah bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh tidak diwajibkan berpuasa. Kalau nak mendidik anak untuk berpuasa tak salah, tapi janganla sampai memudaratkan anak 😨



Anak2 kecil mempunyai keperluan metabolisma yang tinggi serta tak boleh nak berkomunikasi secara jelas untuk meminta makan/minum. Takut kalau disuruh juga anak2 kecil tu berpuasa full, dia tak cukup sumber tenaga dan air untuk sihat, terutamanya untuk fungsi otak anak.


Pengurangan tenaga juga boleh menyebabkan perubahan sikap anak yang akan menjadi mar4h2 sebab ‘hangry’. Fungsi kognitif iaitu kebolehan berfikir juga akan terganggu. Kalau nak train anak berpuasa, janganla expect untuk anak berpuasa seharian.


Untuk anak2 kecil, beri mereka berpuasa beberapa jam dahla. Supaya mereka rasa kebersamaan tu. Yela, feeling sahur dengan family sekali, berbuka sekali, tu yang anak2 suka dan akan ingat. Boleh minta anak berpuasa dari sahur hingga ke tengah hari ke. Atau start dari jam 3pm hingga berbuka ke. Ok la



Kalau nak melatih anak2 berpuasa, ibu bapa perlu ingat :


✅ sahur perlu banyak sayur, buah, dan protein (daging lembu,ayam,telur) untuk tahan kenyang lama dan juga karbohidrat (nasi, mee, roti) untuk tenaga.


❌ JANGAN beri makanan bergula tinggi/ MANIS. Nanti craving dan tiada nilai nutrisi pun untuk anak


❌ ELAKKAN makanan MASIN untuk mengurangkan rasa dahaga.


❌JANGAN P4KSA anak untuk makan berlebihan sebab nak ganti balik kekurangan kalori tu. Overeating akan menyebabkan indigestion, bloated (kembung), dan tak selesa. Sebab tu kena berhenti makan sebelum kenyang


❌ Air berkabonat, makanan pedas, dan makanan goreng/berminyak minta elakkan untuk mengurangkan masalah pencernaan


Yang paling penting dan saya selalu tekankan ialah pemakanan seimbang.


Kredit : instagram Dr Izzar

No comments:

Powered by Blogger.