Header Ads

“Dakwah bukan sekadar di masjid dan surau sahaja” - bukannya saya peIuk mereka pun, kata pu amin

 


Instafamous Nadira Isaac tidak menyangka tindakannya memuat naik gambar bersama dengan PU Amin ketika menghadiri majlis berbuka puasa di laman sosialnya mengundang rasa kurang senang dan pendebatan di kalangan netizen.


Rata-rata pengikut mempersoalkan mengenai kehadiran PU Amin di majlis tersebut dan niat usahawan berusia 21 tahun itu berkongsi gambar berkenaan yang dilihat kurang sesuai untuk tatapan umum.


Tampil menjelaskan tujuannya hadir ke majlis berkenaan, penceramah bebas ini memberitahu dia diundang bagi menyampaikan tazkirah agama sebelum acara bermula.

Beliau menganggap perkara tersebut tidak ada salahnya memandangkan dirinya bukan sedang berpelukan atau menyentuh wanita-wanita tersebut.



Menurut Amin, dia juga sedar gambar yang dirakam oleh individu tertentu pada malam Sabtu lalu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota itu akan dimuat naik dalam media sosial dan seperti diduga akan mendapat keca.man orang ramai.


“Betul, pakaian mereka tidak menutup au.rat. Tapi tak akanlah bila orang nak bergambar saya nak kata ‘tak boleh, awak ahli ner.aka’? Samalah juga jika ada golongan mak ny.ah yang nak bergambar, tak akan saya nak cakap begitu?


“Orang per.Ii dan sin.dir saya senyum dalam gambar itu. Habis, dah namanya ambil gambar, tak akanlah saya nak buat muka ma.rah pula?


“Pula itu, ada kalangan netizen yang komen itu sengaja jadikan ia bahan perbaI.ahan parti politik pula,”


“Sebelum pergi pun, saya dah bincang dengan isteri dan rakan-rakan. Semua kata ini peluang untuk berdakwah dan itulah yang saya lakukan semasa berada di majlis berkenaan.


“Depan-depan saya cakap semasa beri tazkirah kepada semua tetamu yang hadir. Saya sentuh mengenai topik pematuhan pakaian, sensitiviti di bulan Ramadan, kuasa dan keampunan Allah SWT, semua nampak gembira dan menerima baik bila dengar ceramah saya.


“Selama ini orang asyik kata saya cuma cakap dan nasihat orang dalam Facebook saja, bila saya turun padang macam ini dan bukannya cuma berada di surau atau masjid, pun kena ke.cam juga? Macam mana ini?” katanya.


Dalam pada itu, kata Amin lagi, dia juga telah pun meminta agar gambar tersebut diturunkan daripada pemilik akaun media sosial tersebut namun tidak pasti sama ada ia sudah dilakukan atau tidak.


Selain itu, dia juga tidak menolak wujudnya andaian jika gambar itu digunakan bagi tujuan melonjakkan jenama produk tertentu tanpa pengetahuannya selain mendoakan semua yang terlibat mendapat hidayah.

Sumber : utusan 0nIine dan mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.