Header Ads

Fazura Lancar Koleksi Tudung Fazbulous, Ramai Netizen Sudah Tak Sabar Nak Beli

 


Menjelang bulan suci, bulan ramadhan ramai selebriti popular tanah air mengambil keputusan mengenakan hijab demi menghormati bulan mulia ini.Antara selebriti wanita yang sering berhijab setiap tahun adalah Nur Fazura.


Seperti yang kita sedia maklum, bulan ramadhan bulan yang penuh dengan rahmat dan rezeki.Pada bulan inilah juga ramai selebriti dan instafamous mengambil keputusan untuk menjual produknya sendiri untuk dikongsikan dengan peminatnya.


Namun, tahun ini Fazura bukan sahaja tampil berhijab tetapi turut melancarkan koleksi tudung dibawah jenama fesyen miliknya Fazbulous.


Dilancarkan hari ini jam 3 petang, menerusi satu entri Fazura berkata tudung tersebut diperbuat daripada kain ‘cotton’ serta mempunyai mutiara eksklusif dengan namanya Jauharah.


Perkongsian Fazura itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja serta memberikan sokongan untuk koleksi terbarunya itu.


Malah, ramai tidak sabar untuk dapatkan koleksi tudung Fazura itu. Tidak kurang juga ada yang mahu membeli beberapa helai dengan warna berbeza.



Hasil tinjauan mendapati, harga sehelai tudung tersebut bermula RM25 hingga RM39 sahaja. Memang murah dan berbaloi sangat, mesti laku habis tudung Fazura.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.