Header Ads

GKP 3.0 : Permohonan Bantuan Sebanyak RM1,000 (One Off) Mulai 1 -15 April 2021

 


Disebalik musibah yang melanda dunia sekarang ini, kita sepatutnya bersyukur kerana dikurniakan kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyatnya. Banyak sudah bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin yassin.


Terbaru, pihak kerajaan akan meneruskan bantuan Geran Khas Prihatin 3.0 (GKP 3.0) pada tahun 2021 ini untuk membantu kelangsungan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang berkelayakan.


Apakah GKP 3.0?

Inisiatif ini akan memanfaatkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.


Bantuan one-off ini dibuka kepada mana-mana PKS yang layak dan belum pernah menerima GKP sebelum ini.

Tarikh Permohonan GKP 3.0

Permohonan Geran Khas Prihatin 3.0 akan dibuka mulai 1 April 2021.


Jumlah Bantuan Geran Khas Prihatin 3.0

Jumlah bantuan ialah RM1,000 secara one-off kepada PKS yang layak.


Kelayakan

Syarat kelayakan GKP yang terkini belum diumumkan lagi, namun berikut adalah syarat kelayakan bagi GKP 2.0 yang sebelumnya untuk panduan kita:


Bukan penerima GKP sebelum ini; dan

Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan

Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:

i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan

ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan

Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;

i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020 ; atau

ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum atau pada 31 Ogos 2020; dan

Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Perbezaannya Dengan GKP Tambahan Permai


Mungkin ramai masih keliru apakah GKP Tambahan PERMAI dan Geran Khas Prihatin 3.0.


Berikut adalah infografik / penjelasan oleh Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Zafrul.


Cara Permohonan

Permohonan baharu Geran Khas Prihatin 3.0 boleh dibuat secara dalam talian sahaja menerusi Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my).


Permohonan baharu secara manual di cawangan-cawangan LHDNM tidak akan diterima.


Langkah permohonan adalah seperti berikut:


Layari laman web https://gkp.hasil.gov.my

Daftar masuk sebagai pengguna dengan menetapkan kata laluan dan soalan keselamatan.

Lengkapkan maklumat pada borang permohonan. (Terdapat 4 bahagian yang perlu dilengkapkan).

Rujuk nota panduan / penerangan di bawah untuk mengisi borang permohonan. (*Sumber: Dimuat turun dari Portal GKP.








Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).


Bilakah tarikh permohonan baharu bermula?

Permohonan baharu GKP 3.0 akan dibuka mulai 1 April sehingga 15 April 2021 (15 hari)


Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui?

Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan mulai awal Jun 2021 di portal rasmi (https://gkp.hasil.gov.my). Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.


Bilakah tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dibuat?

Tarikh pembayaran GKP 3.0 akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.


Bagaimanakah kaedah bayaran GKP 3.0 dilaksanakan?

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank persendirian pemohon yang didaftarkan pada permohonan baharu Geran Khas Prihatin 3.0 atau penerima sedia ada GKP 1.0 dan GKP 2.0. Akaun bank mestilah aktif.


Apakah yang akan terjadi sekiranya saya gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran?

Proses pembayaran akan gagal dan bayaran akan terbatal memandangkan pembayaran GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank simpanan / semasa yang aktif sahaja.


Adakah semakan kelayakan GKP 3.0 akan dibuat dengan mana-mana Agensi Kerajaan?

Ya. Kerajaan akan membuat semak silang dengan beberapa Agensi Kerajaan bagi memastikan kesahihan maklumat yang dikemukakan pemohon.


Saya baru mendaftar dan menjalankan perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), adakah saya perlu melaporkan jualan bagi tahun 2020?

Jika pendaftaran perniagaan pada tahun 2021 (sebelum 28 Februari 2021), jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jualan diterima pada tahun 2021 sahaja.


Saya telah mendaftar dan menjalankan perniagaan sebelum atau pada tahun 2020. Oleh itu, jualan tahun bilakah yang perlu saya laporkan pada permohonan ini?

Jika perniagaan yang telah didaftarkan dan beroperasi sebelum atau pada tahun 2020, jumlah jualan yang perlu dilaporkan adalah jumlah jualan bagi tahun 2020 dan 2021


Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0?? 

Sebarang pertanyaan mengenai status permohonan GKP 3.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).


*Sumber: Soalan Lazim (FAQ) Geran Khas Prihatin 3.0 via Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) https://gkp.hasil.gov.my/


Sumber : Lhdn / harianpost

No comments:

Powered by Blogger.