Header Ads

Guna Gambar Bekas Suami Di Family Tree Anak, Netizen Dakwa Rita Rudaini Masih Belum Boleh ‘Move On’

 


Siapa yang tidak kenal dengan Rita Rudaini, seorang pelakon berbakat yang juga merupakan seorang ibu tunggal yang cekal membesarkan dua orang anaknya.


Namun perkongsian terbaharu pelakon cantik ini di media sosialnya telah menarik perhatian netizen apabila dia berkongsikan gambar anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin di mana Rayyan diberi homework oleh gurunya untuk melakukan carta keluarga ataupun family tree berserta gambar.


Nampaknya perkara itu mungkin akan jadi sedikit janggal kerana Rita dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak terkenal, Aidil Zafuan Abdul Razak sudah lama berce.rai dan perhubungan mereka tidak berada dalam keadaan yang baik.


Namun Rita sebagai ibu nampaknya bersikap profesional dengan meletakkan gambar bekas suaminya itu di dalam carta keluarga berkenaan.


Menulis di ruangan kapsyen :


“Family tree lagi …mommy sebenaqnya nak print pic Hyun Bin ganti tempat daddy..tp mommy takut ticer adik pengsan pulak 🤣”


Perkara itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang turut memberikan pendapat mereka, malah ada yang merasakan Rita berhak mendapat lelaki yang lebih baik.





Dalam kebanyakan komen yang diterima, ada juga yang mempersoalkan tindakan Rita yang dianggap seolah-olah masih tidak boleh ‘move on’ dan tergiI.a-giI.akan bekas suami, namun ramai yang menyokong beliau kerana pada pendapat mereka, bekas suami pelakon berkenaan tetap ayah kandung yang sah, jadi tidak saIah untuk Rita meletakkan gambar beliau di carta keluarga tersebut.



Sumber : Instagram Rita Rudaini

Sumber artikel : Hotfm

No comments:

Powered by Blogger.