Header Ads

Ini sebab kenapa susah sangat nak nampak kelibat Ben Amir dalam media sosial, sungguh mengejutkan!

 


Pasti ramai yang tertanya-tanya kemanakah menghilangnya pelakon kacak yang menjadi kegiIaan para gadis. Jika selebriti lain memilih pendekatan sentiasa memuat naik perkembangan semasa dan kegiatan bersama dengan peminat di laman sosial namun lain pula pendekatan yang diambil Ben Amir ini.


Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, dia mempunyai sebab tersendiri tidak berbuat demikian serta mahu menjaga eksklusif.

“Saya memang jaga eksklusiviti sebab lagi susah nak jumpa, lagi mahal benda itu dan buat orang tertunggu-tunggu… disebabkan itu, saya tak post sangat tentang kehidupan peribadi di media sosial.


“Bagi saya strategi ini menjadi dan berkesan untuk kerjaya saya sebab buat peminat lagi tertunggu-tunggu,” katanya.


Dalam pada itu, Ben berkata dia bukan seorang yang s0mbong, malah sesiapa yang mengenalinya pasti mengetahui tentang personaliti sebenarnya.


“Siapa-siapa yang kenal dengan saya tahu saya ini macam mana orangnya, perkataan kekwat (s0mbong) itu tidak pernah wujud dalam hidup saya (disebabkan jarang berkongsi kisah peribadi buat tatapan umum),” kataya.



"Kalau tahun lalu saya memang berehat ketika bulan puasa sebab tak boleh nak shoot kerana C0vid-19. Tahun ini pula memang saya tak ambil mana-mana tawaran sepanjang bulan Ramadan sebab nak fokus beribadah.


"Walaupun banyak tawaran berlakon yang datang, sekarang saya kena memilih yang mana saya hendak buat sahaja sebab saya dalam fasa nak cari cabaran baharu.


"Saya rasa dah b0ring nak bawa karakter yang sama sahaja dan rasanya bukan saya seorang sahaja yang rasa macam itu, mana-mana pelakon pun (yang dah lama berlakon) mesti ada rasa macam itu juga," ujarnya.


Sumber : mStar

No comments:

Powered by Blogger.