Header Ads

Inilah resort mewah yang dipilih Neelofa dan suami semasa di Langkawi, Netizen tercengang bila dapat tahu 1 malam harganya sungguh mengejutkan!

 


Seperti yang ramai tahu, Neelofa dan suaminya telah berada di Langkawi atas urusan kerja. Bila dah berada di Langkawi dan dalam jangka masa beberapa hari mestilah ada tempat untuk tinggal bukan? Takkanlah nak tidur dalam kereta..haha.


Okeh tidak mahu membebel panjang, kali ini admin kongsikan laporan dari portal hiburan murai yang telah meneka dimanakah resort pilihan Neelofa sepanjang berada di Langkawi.


Sebagai seorang usahawan, sejak dari dulu lagi Neelofa sendiri memang dikenali dengan gaya hidup yang mewah lagi-lagi ketika bercuti bersama keluarga. Namun kali ini, dimanakah tempat penginapan pilihan Neelofa untuk honeymoon bersama suami tercinta buat kali pertama.


Menurut tinjauan kami di IG stories Neelofa, kami akhirnya dapat menemui jawapannya. Pasangan ini memilih untuk tinggal di resort lima bintang, The St. Regis Langkawi. Hotel ini terletak di Jalan Pantai Beringin, Langkawi iaitu 5 minit memandu dari Jeti Kuah.


Murai MY berjaya mengesan resort penginapan pasangan ini melalui IG stories Neelofa di mana tertera logo hotel tersebut ketika dia menikmati sarapan pagi.


Kalau anda nak tahu, The St. Regis Langkawi antara resort paling mewah di Langkawi. Resort ini dikelilingi dengan hutan hujan yang subur dan pantai persendirian.


Bilik yang disediakan di sini terbahagi kepada dua iaitu Villa dan Suite. Nak tahu Neelofa memilih jenis bilik yang mana?


Tinjauan Murai MY di IG stories Neelofa, kami hanya mampu meneka pasangan ini memilih Sunset Villa dengan balkoni permandangan laut. Buktinya seperti gambar di bawah.


Harga Bilik RM 2,605 semalam?

Setelah melihat sendiri laman web rasmi The St. Regis Langkawi, harga bilik mewah ini sekitar RM 2,605 semalam, termasuk sarapan untuk 2 orang. Dah macam harga sebulan gaji graduan diploma ya..



Di dalam Villa mewah ini, para tetamu akan menyukai peralatan khas, ruang tamu dan ruang makan yang terpisah, dapur kecil dan pemandangan laut yang menakjubkan.


Bilik mandi marmar yang luas direka bentuk dengan rapi, dilengkapi dengan dua meja rias, tab mandi, dan pancuran hujan yang besar.


Anda tengok gambar sahaja pun sudah rasa macam teringin untuk pergi ke situ, apatah lagi kalau dapat pergi betul betul kan?


Ada Private Pool


Disajikan pemandangan seluas alam, anda dapat melihat keindahan Pulau Langkawi sambil menikmati private pool yang disediakan sekali bersama bilik tempahan anda.


Dikelilingi laut yang menutupi Pulau Langkawi membuatkan resort ini sangat mewah dan menawan.


Menarik dan sangat sesuai untuk honeymoon kan? Jika anda sedang merancang untuk membawa pasangan anda untuk bercuti ke Langkawi, bolehlah datang ke sini. Memang privasi!

Sumber : Murai.my

No comments:

Powered by Blogger.