Header Ads

Janna Nick Hidap BipoIar, Dua Kali Pernah Cuba Bunuuh Diri

 


Baru-baru ini, pelakon dan pengacara popular Janna Nick mengejutkan ramai netizen apabila memuat naik video  luahan hatinya yang tertekan dengan urusan kerja sehingga menitiskan air mata.


Menurut Janna, dia terlalu bekerja keras sehingga fizikalnya letih namun tidak mampu melawan fikirannya yang hanya memikirkan tentang kerja.


kekasihnya Dini Schatzmann memaklumkan teman wanitanya itu sedang berehat daripada menggunakan media sosial serta telefon bimbit bagi menenangkan fikiran.


“Yang saya tahu dia sedang melalui sesuatu ketika ini. Buat masa sekarang, dia sedang berehat (break) daripada menggunakan telefon bimbit dan media sosial,” katanya.


Namun selepas seminggu dua menyepi dari dunia media sosial, Janna Nick hari ini memuat naik kenyataan yang lagi mengejutkan ramai apabila dia sebenarnya sedang mengidap penyaklt BipoIar.


Janna berkata dia kini sedang menjalani rawatan dengan mengambil dua jenis ubat atas nasihat doktor bagi merawat masaIah kemur0ngan.


Tambahnya lagi, dia menyangkakan selama ini suara-suara dalam yang bermain di fikirannya adalah perkara normal namun dia hanya menyedari selepas mendapatkan rawatan.


“Selama ini, saya fikir otak saya berfungsi dengan normal, sama seperti orang lain. Saya memang ingat semua orang ada lebih dari 3/4 suara di kepala mereka.


“Saya memang ingat bahawa ia normal bagi suara dalaman untuk terus bercakap antara satu sama lain sehingga saya mula mengambil ubat dan sedar,” tulisnya.


Dalam pada itu, Janna turut berkongsi pengalaman silamnya ketika berusia lapan tahun dan mendedahkan pernah dua kali cuba untuk membu,nuh diri.



“Pada usia 8 tahun, saya pernah mahu matl. Se.pak tera.jang memang makanan saya sejak pertama kali saya ingat. Saya cuba bu.nuh diri ketika berusia 14 tahun dengan meneI.an segenggam panadol yang dicampurkan dengan ubat lain.


“Percubaan bu.nuh diri kedua adalah setahun selepas itu. ketika itu saya sedang menduduki PMR, saya mem0tong pergelangan tangan sendiri di hadapan adik perempuan saya,” katanya.





Perkongsian Janna itu ternyata mengejutkan rakan artis dan netizen yang bersimpati di atas apa yang berlaku serta memberikan kata-kata semangat agar pelakon itu terus kuat.

Rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan tidak kurang ada juga yang berkongsikan pengalaman sendiri.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.