Header Ads

Kertas slasatan kes Neelofa dan PU Rizz diserah kepada TPR

 




Sudah hampir sebulan personaliti terkenal Neelofa dan PU Rizz melangsungkan perkahwinan yang bertemakan warna putih yang melambangkan kesucian.Namun disebalik majlis yang serba mewah ini, pernikahan tersebut mengundang kontr0versi di kalangan netizen kerana dikatakan ianya tidak mengikut SOP yang ditetapkan pihak berkuasa.


Kertas slasatan majlis perkahwinan selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail atau lebih dikenali PU Riz yang meI.anggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dihantar semula kepada Timbalan Pendak.wa Raya (TPR) pada Isnin.

Ketua PoIis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kertas siasatan dihantar semula selepas ada beberapa penambahan arahan susulan daripada pihak TPR sebelum ini.


"Setakat ini, kita masih sedang menunggu arahan lanjut daripada TPR untuk tindakan susulan.

"Perkembangan lanjut kes itu akan dimaklumkan nanti," katanya pada Selasa.

5 April lalu, Mohamad Zainal mengesahkan telah merekodkan keterangan pasangan itu berhubung majlis perkahwinan mereka yang didak.wa meIang.gar SOP PKP.



Mohamad Zainal dipetik berkata, kes dislasat mengikut Sek.syen 21A Akta Pence.gahan dan Pengawalan Penya.kit Berjang.kit 1988 (Akta 342).


Neelofa, 32, selamat diijabkabulkan dengan pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz, 26, di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.


Isu pelanggaran SOP pada majlis itu timbul selepas tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP PKP ditetapkan Majlis KeseIamatan Negara (MKN).


Sumber : sinar harian

No comments:

Powered by Blogger.