Header Ads

Lelaki ini luah rasa kesal apabila penjual tergamak jual lauk basi untuk juadah berbuka puasa

 


Bila datangnya bulan ramadan, ramai yang ambil peluang untuk menambahkan rezeki dengan cara menjual pakaian, makanan mahupun minuman.


Ini kerana sekarang ramai yang mengambil kesempatan membeli juadah di bazar dan di kedai kerana kekangan masa, balik kerja dah lewat campur dengan kesesakan lalulintas lagi. So cara terbaik beli juadah berbuka di kedai atau bazar je la.


Baru-baru ini ada seorang lelaki dikenali sebagai Sean Pablo menerusi satu kumpulan Warga Kota Damansara di laman Facebook, meluahkan rasa kecewa terhadap sikap peniaga kedai makan. Lelaki ini mendakwa, dia mendapat layanan kurang baik berikutan mendapat kuah dal yang sudah basi ditambah pula roti canai yang hanya dipanaskan semula bagi juadah berbuka puasanya.


Bahkan, menerusi foto yang dikongsi dapat dilihat kuah tersebut sudah mula berbuih menunjukkan tanda basi.


Nasi ***** ***. Kuah dal basi kau bagi dekat aku untuk buka puasa. Roti canai pun jenis panaskan balik. Kalau macam nie servis kau, tutup je laaa kedai. Owner kedai bila aku call pun jenis banyak bunyi.


Tidak berakhir di situ, dia turut mengambil inisiatif untuk membuat aduan kepada pemilik restoran namun, pemilik restoran tersebut seolah-olah berdolak dalih dengan apa yang telah terjadi.


Respon netizen


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat tindakan peniaga tersebut adalah tidak wajar dengan menyajikan kuah yang basi kepada pelanggan. Pada masa yang sama, mereka turut berkongsi pengalaman ‘pahit’ mereka berada di restoran tersebut.




Sumber: Sean Pablo via Warga Kota Damansara via ohbulan

No comments:

Powered by Blogger.