Makan seekor ayam setiap hari, Ismail Izzani puas hati dah dapat jadi sado

Anonymous
0

 




Pasti ramai peminat terkejut selepas melihat perubahan besar pada badan penyanyi dan pelakon kacak, Ismail Izzani.


Menurut temubual antara mStar dan Mail, untuk mendapatkan hasil yang diingini dia terpaksa mengikuti rutin senaman dan diet yang ketat selama hampir tujuh bulan.


"Sebenarnya saya mula main gim pada tahun 2017, tapi masa tu on off sebab jadual terlalu padat, tapi baru-baru ini saya minta pengurus kosongkan waktu selama beberapa bulan untuk saya mengikuti senaman di gim.


"Dalam masa tujuh bulan saya pergi gim lima kali seminggu, saya juga makan ayam seekor sehari untuk lunch, semua rutin ini dikawal oleh jurulatih yang menjaga pemakanan saya.


"Sejujurnya senaman di gim tak susah, nak makan banyak tu yang susah, pertama kali makan sebanyak itu memang saya muntah sebab tak tahan... tapi selepas seminggu perut dah boleh terima,"




Dalam pada itu, Ismail berpuas hati dengan berat badan yang dicapai dan mengakui lebih berkeyakinan apabila berada dihadapan orang ramai.


"Alhamdulillah sebelum ini berat badan saya 52 kilogram tapi sekarang dah naik 68 kilogram... saya letak sasaran 70 kilogram! Cuma bulan puasa ni susah sikit la sebab kita kawal waktu makan.




"Saya pun tak nak badan besar sangat kerana saya perlu menyanyi dan menari, kalau terlalu besar tak sesuai, jadi saya hanya nak nampak fit sahaja," ujarnya.


Sering berkongsi foto dan video ketika menjalani latihan di gimnasium, Ismail menjelaskan niatnya hanya ingin memberi motivasi kepada pengikut untuk menjaga kesihatan tubuh badan.


"Perkongsian saya itu sebagai motivasi untuk semua orang. Saya sendiri sebelum ini sangat-sangat kurus, bila pakai tshirt saya rasa tak berkeyakinan... sebab itu saya pergi gim untuk tambah berat badan dan nampak lebih fit. Ia sangat membantu membina keyakinan diri.


"Saya juga mahu beritahu orang ramai yang mereka masih belum terlambat untuk mulakan aktiviti sihat ini sebab pak cik saya sendiri yang berumur 40 tahun pun dah mula buat badan," 

Sumber : mStar OnIine

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top