Header Ads

Nabila masak sendiri makanan kegemaran Aleesya, Briyani ikan sempena hari jadi yang ke-12

 


Baru-baru ini, Noor Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti dan usahawan tersohor Neelofa ada memuat naik satu posting di media sosial miliknya sempena ulang tahun kelahiran ke-12 anak tirinya Engku Aleesya.

Semalam, Nabila dan suaminya, Engku Emran mengadakan sebuah majlis hari jadi Aleesya. Engku Emran mengucapkan terima kasih buat keluarga mentuanya kerana menganjurkan majlis buat Aleesya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Emran turut memaklumkan isterinya turut menyediakan makanan kegemaran Aleeysa iaitu Briyani Ikan.


Terdahulu, Nabila turut meluahkan rasa sayangnya kepada Aleesya serta sentiasa mendoakan agar anak gadisnya itu dilindungi dan dirahmati selalu.

Dalam kapsyen yang ditulis, Engku Emran terharu kerana seluruh ahli keluarga Nabila berganding tenaga untuk meraikan hari bahagia anak tunggalnya itu.

“Terima kasih banyak kepada semua yang mengatur ulang tahun untuk Aleesya malam ini. Terutama Mummy yang mula menyiapkannya sejak semalam dan memasak hidangan kegemaran Aleesya, Briyani Ikan yang mewah.


“Aunty Sara untuk kek angsa, deko dan hadiah yang indah, Aunty Nellisa, Aunty Athisha dan Aunty Ameera untuk hadiah dan banyak membantu Mummy.

“Dhadi terima kasih atas doa tulus yang awak baca dan hadiah yang indah,” tulisnya.

Malah, Nabila turut meluahkan rasa syukur kehidupannya dan Jebat Jayden diserikan lagi dengan kehadiran Aleesya.

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.