Header Ads

Netizen GeIar ‘Penunggang Agama’ Isu Selipar Muslim Friendly, Ustazah Asma Harun Tampil Jelas Perkara Sebenar

 


Sebelum ini Ustazah Asma Harun ada mengeluarkan pendapatnya susulan satu produk ‘Muslim Friendly’ yang dipasarkan oleh seorang pengacara terkenal. Malah, disebabkan beberapa tajuk penulisan berita yang telah menjadi tumpuan ramai, penceramah bebas itu turut mendapat tempias sebagai ‘penun.ggang agama’.


Ustazah Asma Harun menerusi satu kenyataan di laman Facebook tampil memberi respon dan menjelaskan perkara sebenar. Tambahan, dia turut menafikan segala dak.waan menyokong usahawan dan pengacara berkenaan.

Menyedari dirinya dike.cam dan dihe.ntam oleh netizen, Ustazah Asma Harun dedah perkara sebenar mengenai jawapan yang diberikan kepada wartawan. Bukan itu saja, dia turut membawa beberapa komen yang ditinggalkan netizen di ruangan komen dengan melemparkan dak.waan Ustazah Asma Harun terima duit haram dan telah dibayar pihak tertentu dalam memberi respon sebelum ini.


Semalam dalam satu majlis, saya ditanya dan menjawab secara spontan dan santai soalan wartawan yang hadir. Pihak wartawan seperti biasa pasti akan menuliskan mengikut selera mereka bagi tujuan menarik perhatian dengan tajuk yang kontr.oversi, sedangkan saya lebih suka fokuskan isu yang lain, berkaitan amanah sebagai seorang yang dikenali.


Saya kemudian ada membaca tulisan dan komen netizen, termasuk cac.ian dan hin.aan. Mengatakan saya makan duit har.am, dis.uap, dibayar, diberi percuma, dipergunakan dan lain-lain. Pelbagai ayat sinis dan berbaur fitn.ah. Saya juga bukanlah kawan baik atau rapat beliau, tak pernah jumpa bersemuka, hanya berhubung beberapa kali atas urusan rasmi. Saya juga bukan penggemar selipar ini, kerana memang selesa berkasut.


Untuk makluman, hingga kini saya sendiri tidak pernah menerima apa jua tawaran untuk menjadi duta produk atau perkhidmatan, jurucakap, juru backup, paid review, khidmat nasihat dan lain-lain yang melibatkan bayaran.


Ustazah Asma turut menafikan tidak menerima sebarang tawaran berbentuk wang mahupun perkhidmatan sebarang promosi atau sebagainya. Selain itu, pendakwah bebas ini turut menasihati orang ramai untuk berhenti mengeluarkan tudu.han ataupun dak.waan tidak berasas terhadap dirinya.


Permintaan sebegini begitu banyak tak henti hingga kini dan melibatkan nilai yang tinggi. Kenapa? demi menjaga dan menjauhi fitnah kepada agama, kami pegang kuat prinsip ini. Walaupun kadang ia datang disaat kami memerlukan bagi menanggung kos operasi. Begitupun, saya masih digelar penun.ggang agama.


Saya mohon hentikan perbuatan ini bukan kerana diri saya, saya dah biasa dim.aki dihi.na begini, tapi saya kasihan dengan jari jemari yang menulis dan memberi comment yang mengikut ha.wa na.fsu. Bayangkan keadaan menyedihkan begini, berlaku saban hari di bulan mulia. Tinggal 2 hari lagi kita akan masuk ke bulan Ramadan yang penuh barakah. Adakah kita nak masuk Ramadan dalam keadaan begini?


Sementara itu, menerusi posting yang dikongsikan oleh Bonda Nor sebagai saksi ketika rakan media menemu ramah Ustazah Asma di dalam pejabatnya. Berdasarkan pemerhatiannya, ustazah dilihat diasak untuk memberi respon berhubung keluaran produk selipar ‘Muslim Friendly’ itu. Namun bagaimanapun, ustazah kelihatan cuba untuk memberi responnya juga dengan secara berhati-hati.


Sebenarnya semalam, usai Majlis Pelancaran SEMARAK RAMADAN @ ANJUNG BONDA NOR, ustazah sudah masuk ke pejabatnya untuk berehat seketika sebelum fly ke Kuala Terengganu. Saya menjenguk masuk untuk mengajaknya makan. Melihat saya masuk, beberapa orang wartawan juga menerjah masuk untuk menanyakan ustazah beberapa soalan dalam keadaan ustazah sebenarnya tidak bersedia.


Namun kelam kabut ustazah minta on air-cond untuk tetap meraikan mereka. Ya, saya ada menemani ustazah ketika itu. Dan ini persaksian saya.


Apabila ditanyakan isu kontr.oversi tentang selipar jualan Neelofa yang claim sebagai Muslim Friendly, saya lihat sendiri betapa ustazah keberatan untuk menjawab isu ini.


“Haaa, saya tak nak ulas isu ini, nanti awak semua spin jawapan saya!” ba.las ustazah, sudah menjangkakan ris.ikonya. Tapi para wartawan tetap mendesak. Dan saya masih ingat ustazah mengingatkan para wartawan yang kita sudah terlalu hampir dengan Ramadan. Janganlah timbulkan isu-isu kontr.oversi seperti ini, bimbang masyarakat akan memasuki Ramadan dalam keadaan perm.usuhan atau kebe.ncian.


“Muslimah friendly. Selipar tu dipanggil macam tu mungkin sebab mudah bagi muslimah yang berstoking untuk sarung macam tu saja. Tak terkepit stokingnya.” Namun begitulah, apabila isu selipar yang Neelofa jual sedang hangat dipersoalkan masyarakat kerana ditu.duh menu.nggang agama dan ustazah pula mengatakan yang beliau rasa isu selipar itu biasa saja, maka apa yang kita boleh jangkakan daripada netizen jika tajuk seperti ini yang ditulis oleh wartawan?


Allahu Rabbi. Beribu-ribu patah kata nasihat yang ustazah berikan semalam, tapi isu kontro.versi ini pula yang diangkat sebagai tajuk utama hingga menyebabkan ramai yang salah sangka. Sebagai saksi yang berada di situ, sekali lagi saya katakan bahawa memang Ustazah Asma Harun sudah cuba mengelak untuk menjawab persoalan ini.


Namun apabila terpaksa juga menjawabnya, ustazah sangat bijak memberikan pendapatnya, TIDAK MEMBELA dan TIDAK MENCE.LA.


Sumber: Ustazah Asma Harun, Bonda Nor via 0hBuIan

No comments:

Powered by Blogger.