Header Ads

Netizen kecam Farah Nabilah kerana biar anak makan sendiri roti bakar

 


Lama sungguh tidak mendengar perkembangan terbaru pelakon cantik berbakat besar, Farah Nabilah. Semenjak dia berkahwin rasanya jarang sangat nak jumpa dia berlakon atau boleh admin katakan tidak ada lagi karya terbaru dai Farah, jika admin silap mohon betulkan ye..


Namun bukan itu yang ingin admin kongsikan, baru-baru ini Farah Nabilah ada berkongsikan video mengenai perkembangan anaknya, Andre Omar yang kini sudah mencecah 6 bulan.



Menerusi video tersebut, Andre dilihat sudah pandai makan sendiri dan cukup berselera menikmati roti bakar yang disapu dengan buah Avocado.

Bagaimanapun, ada yang kurang senang dengan tindakan Farah dengan mendakwa memberikan makanan bertekstur keras kepada anak lelakinya itu. Malah, ramai yang bimbang tindakan pelakon itu boleh membahayakan keselamatan anak kecilnya.




Namun, ada yang menyokong tindakan Farah dan sebagai ibu dia lebih tahu apa yang sesuai untuk anaknya dan perlukan pemantauan.


Farah mendirikan rumah tangga dengan Mohamed Amirul pada 20 Disember 2019 dan selamat melahirkan Andre pada 22 Oktober lalu.

Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.