Header Ads

PELAKON MV JUDl RAYA MENGAKU TERSlLAP LANGKAH NAMUN TERDESAK NAK CARI DUIT

 


Sejak dari semalam, ramai rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam meluahkan rasa kesal dan m.4rah apabila ada satu syarikat perjudlan atas talian menerbitkan satu video muzik sambutan hari raya.


Tidak ingin berdiam diri, tiga orang pelakon dalam mv tersebut tampil membuka muIut.ketiga-tiga model dan pelakon sambilan itu mendakwa pada awalnya diberitahu bahawa khidmat mereka diperlukan bagi menjayakan rakaman MV sempena Hari Raya.


"Wakil produksi hubungi dan masukkan kami dalam group WhatsApp bernama ‘Raya MV Shoot March 2021’.


"Saya beli baju raya semata-mata untuk penggambaran tu tanpa mengetahui ia bagi mewakili jenama apa.


"Sudah jadi kebiasaan pemilik brand nak rahsiakan produk mereka... malah semasa kita buat penggambaran pun mereka cakap jangan ambil (rakam) video, jangan beritahu sesiapa sebab surprise,"

Untuk rekod penggambaran MV j.vdi raya yang dibintangi lima individu beragama Islam terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu diadakan di Kampung Jawa di Hulu Langat, Selangor.


Penyebarannya secara meluas di media sosial mengundang kecaman ramai hingga mendorong polis membuka kertas siasatan susulan satu laporan polis dibuat di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.


Selain itu menurut pelakon yang memegang watak pembantu itu lagi, dia dan rakan-rakannya hanya menyedari mereka terlibat dalam sebuah iklan mempromosi jv.di pada hari penggambaran, 13 Mac lalu.


"Kami desperate, freelance macam kami terjejas ter0k (akibat C0vid-19).


"Apabila dapat job ni saya ambil je tanpa banyak tanya soalan. Untuk job ni mereka bayar pun sikit sangat.


"Kita buat sebab tak ada cara lain cari duit... kami freelancer," katanya.

Bagaimanapun tambah pemuda berusia 26 tahun itu lagi, dia menyesaI kerana tidak mempunyai keberanian untuk menarik diri daripada meneruskan penggambaran.


"Masa awal-awal memang berkaitan raya, tapi apabila masuk bahagian kedua dipenghujung penggambaran baru kami sedar ia adalah jv.di.


"Pihak produksi minta kami lip sync empat baris lirik lagu yang jelas berkaitan perjv.dian.


"Saya menyesal sebab tak berani pull out, padahal kami tiada kontrak apa-apa pun. Saya jadi panik, bukan saya je... kawan-kawan pun kena dan saya rasa bersaIah," katanya.


Sementara itu pelakon utama MV berkenaan iaitu, Saifullah Mohd Yunus, 24, berkata dia kecewa dengan apa yang berlaku namun terpaksa meneruskan penggambaran kerana mahu bersikap profesional.


"Kami sangat profesional, takkan kita nak minta produksi hentikan dan kami akan pulang... tidak!


"Memandangkan dah 70 peratus siap, kami hanya teruskan seperti yang dirancang," katanya.


Sumber : mStar 0nIine

No comments:

Powered by Blogger.