Header Ads

Ramai yang keliru, Jika 6 tahun tak bayar bank! Pemungut wang TAK BOLEH tuntut hutang dari peminjam kerana ia dikira hutang lapuk!

 




Dewasa ini, jika kita tidak membuat pinjaman agak mustahil untuk kita memiliki rumah dan kereta idaman. Kenapa admin katakan mustahil, mustahil jika baru bekerja kita terus dalam kepala nak beli rumah dan kereta yang kita tahu harganya agak tidak mampu untuk dibeli secara tunai oleh kebanyakan orang, kecuali jika individu tersebut menyimpan dan tidak kisah memakai kereta terpakai asalkan ianya dibeli tunai.


Tidak ingin membebel soal ini, cuma apa yang nak dihuraikan kali ini. Ramai antara kita berhutang untuk memiliki harta. Namun langit tidak selalunya cerah, akibat beberapa masalah. Kita tidak mampu membayar hutang sebagaimana gadai janji dibuat.


Pernahkah anda diganggu oleh pemungut hutang atau collector untuk membayar hutang dan jika tidak membuat sedemikian pelbagai amaran diberikan agar kita melunaskan hutang tersebut secepat mungkin.


Baca perkongsian yang dikongsikan oleh peguam dan pengguna Malaysia mengenai hal ini.


Apa yang korang kena tahu ialah bagi setiap hutang yang tidak dituntut oleh pihak bank dalam tempoh enam tahun ke atas, ia adalah hutang lapuk dan peminjam tidak perlu membayarnya.


Sering dapat panggilan dari Bill Collector minta anda bayar hutang? Adakah anda wajib membayarnya?


Kebanyakan dari kita pernah berhutang atau sedang berhutang. Ada hutang telco, perabot ansuran bayar, kad kredit dan pelbagai lagi jenis hutang.






Dan kebanyakan hutang-hutang ini kadang kala sudah dibuat lama dahulu, ada yang sampai 10 tahun lalu tapi hanya dituntut baru-baru ini dengan menggunakan perkhidmatan Bill Collector.


Pengguna harus tahu bahawa hutang-hutang yang sepatutnya dituntut oleh pemiutang (orang yang memberi hutang), jika tidak dituntut melebihi 6 tahun, hutang-hutang tersebut dianggap lupus dalam konteks undang-undang. Dalam bahasa mudah, anda tidak perlu lagi membayar hutang tersebut dan tiada apa-apa tindakan mhkamah boleh diambil ke atas anda.


Ini kerana undang-undang menghukum pemiutang yang leka dan cuai untuk menuntut hak mereka dalam tempoh 6 tahun. Undang-undang memberikan had masa kepada pemiutang untuk menuntut hak mereka dan tidak boleh menuntut pada bila-bila masa mengikut kehendak pemiutang.


Apabila seseorang ingin menuntut sesuatu ganti rugi dalam kes sivil, beliau harus memfailkan kes tersebut di mhkamah sivil dalam satu jangka masa yang tertentu.


Mengikut Se.ksyen 6(1), Akta Had Masa 1953, sesuatu tindakan yang terbit daripada kontrak dan tort haruslah dibawa ke mhkamah dalam tempoh masa enam tahun.

Selepas tamat tempoh had masa, sebarang tuntutan tidak boleh difailkan di mhkamah, kecuali, mengikut se.ksyen 29, di bawah Akta tersebut, ada bukti seperti fraud atau salah (mistake) yang menyebabkan pihak yang ingin menuntut tidak dapat mengenali hak tuntutannya.


Tempoh had masa enam tahun mula dikira daripada tarikh sesuatu insiden seperti hari kemaI.angan atau hari pengingkaran mematuhi peraturan-peraturan yang telah dipersetujui di antara kedua-dua pihak. Sebagai contoh, dalam satu kemaI.angan jalan raya, tarikh dan masa kemaI.angan jalan raya di antara dua kenderaan adalah titik permulaan had masa tuntutan oleh pihak yang ingin menuntut ganti rugi terhadap pihak yang bersalah.


Banyak beri notis paI.su


Ada juga syarikat Bill Collector menggunakan teknik desakan ke atas pengguna dengan membuat panggilan telefon, sms dan mengeluarkan notis palsu untuk menyita barang-barang pengguna jika pengguna terus ingkar bayar hutang.




Notis-notis ini adalah tidak sah kerana tiada penghakiman dan tempoh untuk mengambil tindakan telah melebihi 6 tahun. Ada juga penyamaran dilakukan dengan membuat panggilan telefon mendakwa mereka dari mhkamah. Hm, mhkamah tidak call orang dan tuntut hutang ye. Banyak pula masa orang mhkamah nak buat macam tu.


Jadi jika anda terus diburu oleh penuntut-penuntut hutang yang sudah melebihi 6 tahun ini, anda mempunyai pilihan; samada bayar atau memilih untuk tidak bayar dan tiada tindakan mhkamah yang boleh dikenakan ke atas anda.


Jika anda memilih untuk bayar, sila ke syarikat Bill Collector itu sendiri dan buat bayaran kepada orang yang sah menerimanya dan dapatkan resit selepas bayaran. Jangan buat bayaran ke dalam akaun personal mana-mana orang tanpa usul periksa.


*Gambar dibawah adalah contoh notis palsu yang digunakan dalam proses mendesak pengguna membayar hutang.


Dipetik dari remaja

No comments:

Powered by Blogger.