Header Ads

Sajat Ucap Selamat Menyambut Ramadan Buat Umat Islam

 


Hampir sebulan berlalu, namun usahawan sensasi Sajat masih tidak dapat dikesan lagi.Ada yang cakap beliau sudah tiada di negara ini dan sekarang berada di negara jiran, Thailand. Bagaimanapun Sajat dilihat masih aktif di media sosial.


Terbaru, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam menerusi Insta Story.


Dalam pada itu, Sajat turut mempromosikan akaun Facebooknya dengan menggunakan nama Jesica Zaman yang baru sahaja dibuat.


Menerusi akaun Facebook tersebut, hanya terdapat gambar anak-anak angkatnya serta gambar buah hatinya, Jados jejaka dari Lubnan.


Sudah hampir sebulan dicari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bagaimanapun Sajat masih belum berjaya ditan.gkap sejak wa.ran tang.kap ke atasnya dikeluarkan 23 Februari lalu. Terdahulu, pihak po.lis memaklumkan kemungkinan Sajat berada di luar negara.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.