Header Ads

Salah sebuah madrasah di Perak didapati meletakkan lambang CAPAL di mihram imam cetus kebimbangan netizen?

 




Beberapa hari yang lalu viral satu gambar memaparkan sebuah madrasah yang dipercayai berada di Perak yang meletakkan lambang capal di mihram imam.Gambar ini telah menimbulkan tanda tanya dan pendebatan di kalangan netizen.

Dari muka tangga, Capal perlahan-lahan mengengsot masuk ke ruang solat utama, di depan imam. Tak sampai sepuluh tahun pun evolusinya di Malaysia. Inilah yang kita b1mbangi selama ini. Yang tiada, diadakan. Kemudian, yang ada itu, dipuja-puja sebagai agama.



Kau kata Islam itu tinggi, dan tiada yang lebih tinggi daripadanya. Tiba-tiba kau letak capal yang duduk di kaki sebagai lambangnya? Berapa kali orang nak cakap, Islam tiada lambang. Tak faham-faham?!  Meletakkan logo atau replika capal di arah kiblat adalah perbuatan salah dan dibimbangi menyumbang salah faham masyarakat.


Ia hasil dari sikap melampau memuliakan Nabi SAW. Tindakan ini patut dicegah dan dinasihati.  Demikian juga menghukum kafir dengan hanya kerana solat menghadap capal adalah sikap melampau dari pihak tertentu yang wajib dicegah dan dinasihati juga.


Ini pula penerangan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan isu yang tular ini.


Berikut pula adalah pandangan dari seorang pengguna fb yang dikenali sebagai Noor Deros

Bila digabung kecintaan kepada simbol ini dengan aqidah Nur Muhammad dan Haqiqat Muhammadiah maka sememangnya boleh (bukan mesti) membawa kepada menyekutukan Allah dalam solat. Jika tiada gabungan ini juga sudah boleh dikira sebagai pelampauan yang jelas.

Mihrab, tembok arah qiblat dan aras mata kebawah serta karpet/sejadah sepatutnya kosong daripada apa-apa tulisan mahupun hiasan. Apatah lagi daripada lambang sebegini. 

Ada sesiapa yang berani mendakwa bahawa perkara-perkara ini tidak pernah menganggu kekhusyukan solatnya? Dan bahawa orang kebanyakan juga tidak pernah terganggu kekhusyukan mereka kerananya?


Sumber : Sahul HM Al-Rawbari dan Bin Sahak


Kredit : https://www.sepatuputih.com/2021/04/04/astaghfirullahalaziim-lambang-capal-di-mihran-imam/

No comments:

Powered by Blogger.