Header Ads

“Sedihnya Double Standard” - Siap Ada Jurugambar Dan Ustaz Bagai Di Hospital, Netizen Persoal SOP Melawat Siti Nurhaliza

 


19 April 2021 merupakan salah satu tarikh paling penting dan bahagia buat Dato Sri Siti Nurhaliza bersama suami dan keluarga tersayang.

Kelahiran bayi kedua Tokti itu disambut gembira oleh suami, anak-anak kepada Datuk K, ustaz serta jurugambar dan doktor yang merawat.


Menurut laporan dari portal HotFm, ada juga netizen yang terdetik mempersoalkan bagaimana SOP di hospital yang didiami oleh Tokti boleh membenarkan pelawat masuk selain daripada suami kerana kebanyakan hospital tidak akan membenarkan pelawat lebih-lebih lagi untuk wanita yang baru bersaIin.


Viral satu twit yang telah dimuat naik oleh seorang pengguna twitter yang mempersoalkan dimanakah keadilan dan SOP yang diguna pakai oleh hospital, adakah ia hanya untuk rakyat marhaen dan bukan untuk golongan artis, kayangan, menteri dan sebagainya?

Melihat diruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan dan ingin tahu apakah SOP yang diguna pakai double standard apabila melibatkan golongan VVIP, pak menteri dan golongan artis.




Menurut sumber, ada yang mengatakan bahawa semua yang terlibat ketika menyambut kelahiran bayi kedua Tokti sudah membuat swab test sebelum melawatnya, jadi tidak ada masalah untuk mereka melawat.


Apa-apapun, daripada kita mengeluarkan kata-kata yang tidak baik di bulan Ramadan, lebih baik untuk kita sama-sama hormati dan doakan kesihatan bayi dan Tokti.


Sumber : Twitter via hotfm

No comments:

Powered by Blogger.