Header Ads

Sila padam gambar dan pulangkan 19 kotak barangan saya, kata Nadia Brian

 


Seperti yang kita semua sedia maklum, hubungan perkahwinan antara selebriti cantik, Nadia Brian dan bekas suaminya, Muizz Nasruddin sudah pun berkahir apabila pasangan ini sah berce.rai talak satu beberapa hari yang lalu.


Tidak mahu terkait dengan kisah silam dan mahu move on sepenuhnya, Nadia Brian meminta semua pihak tidak menggunakan atau mencantumkan gambar dia bersama bekas suami, Muizz Nasruddin dalam apa saja artikel mahupun siaran.


Justeru itu,Nadia ketika dihubungi juga meminta supaya Muizz memadam semua gambarnya yang ada dalam simpanan termasuklah di mana-mana platform media sosial.


"Saya mohon kepada semua pihak supaya tidak menggunakan gambar saya bersama bekas suami, tidak kiralah gambar bersama dalam satu foto atau gambar yang dicantumkan. Saya tak mahu ada apa-apa kaitan dengannya lagi.


"Saya juga minta Muizz supaya memadam gambar-gambar yang ada kaitan dengan saya tidak kiralah sama ada dalam simpanannya atau di platform media sosial," katanya.

Tambah Nadia lagi, selain gambar ada beberapa barangnya yang masih disimpan Muizz.


"Ada 19 kotak mengandungi barangan yang saya beli sendiri, hadiah peminat, barangan daripada pereka fesyen dan tajaan milik saya masih ada dengannya. Saya harap dia dapat pulangkan barang-barang itu kerana kami sudah tak ada sebarang kaitan," katanya.



Dikeca.m netizen kerana kerap berada di luar walaupun baru seminggu bercerai, Nadia menegaskan bahawa dia keluar untuk bekerja dan mencari rezeki bagi menyara kehidupannya bersama ibu serta neneknya. "Saya keluar bekerja. Memanglah di Instagram nampak macam saya sendiri tapi itu semua adalah atas urusan kerja. Saya tahu ada netizen kr.itik dan saya berterima kasih kepada yang faham dengan situasi saya," katanya.


Untuk rekod bersama, Nadia dan Muizz berkahwin pada 9 November 2019, namun, kebahagiaan mereka hanya berlangsung selama enam bulan.


"Saya bersyukur kerana episod hitam sudah berakhir. Walaupun hanya bertahan selama enam bulan, proses percera.ian saja memakan masa hampir setahun," katanya.

Sumber : harian metro

No comments:

Powered by Blogger.