Header Ads

Syukur Sangat Ada Suami Sporting, Kadang-Kadang Isa Yang Masak Dan Cuci Pinggan, kata Risteena Munim

 


Selepas lebih sebulan menjadi isteri kepada Isa Khan, Pelakon cantik Risteena Munim mengakui kehidupan rumah tangga antara mereka semakin bahagia.


Tambah Risteena lagi, dia sangat bertuah kerana dikurniakan suami yang memahami dan sporting."Tahun ini seronok dan teruja sambut Ramadan dan bakal menyambut Aidilfitri pertama sebagai suami isteri. Kami sudah fikir nak warna sedondon, buat rumah terbuka dan pelbagai perancangan difikirkan.


"Kalau dulu masa masih bujang kehidupan lain, sekarang sudah ada komitmen terutama kena masak untuk dia. Dulu bangun pagi mak sudah siap masak. Sekarang lain, kena basuh baju, masak, cuci pinggan dan kerja rumah semuanya buat sendiri.


"Saya seronok semua ini sebab suami seorang yang sangat membantu. Kadang-kadang Isa yang masak dan mencuci pinggan. Pendek kata dia bukan harapkan saya buat seorang. Saya bersyukur ada suami yang sangat 'sporting'," katanya.




Menurut Risteena, dia juga rasa bertuah kerana suami bukan jenis meminta untuk disediakan segala macam perkara.


"Saya bukan jenis bangun pagi, tapi suami ya. Jam 5.30 pagi dia sudah bangun dan dia juga tidur awal. Bangun pagi dia sudah buat aktiviti sendiri, tapi tak pernah harapkan saya siapkannya sarapan setiap pagi. Dia tak pernah kejut pun. Kalau bangun saya yang cari dia. Dia okey saja.


"Kalau saya penat dan tak larat nak masak, dia akan cakap buat tempahan saja atau ajak makan luar. Jadi saya tak pernah rasa susah langsung sepanjang sudah bergelar isteri. Dia tak pernah tetapkan pun semua perkara kena buat untuk dia," katanya.


Bagaimanapun, Risteena mengakui sebelum berkahwin dia teruja untuk melakukan semua perkara itu sebagaimana dilakukan pasangan lain.



"Sebenarnya apabila nak kahwin, saya teruja dan fikir bangun pagi nak sediakan sarapan untuk suami dan nak buat benda sama macam orang lain buat. Apabila saya kahwin, saya ada buat tapi Isa tak pernah letakkan syarat saya kena buat semua.


"Dia seorang ringkas, mudah dan tak pernah buat saya rasa susah. Rasa bahagia saja. Selepas lebih sebulan kahwin, semuanya okey. Kalau dulu sebelum kahwin jika ada salah faham susah sebab jauh. Sekarang dah serumah, cepat-cepat selesaikan," katanya.

No comments:

Powered by Blogger.