Header Ads

(VIDEO) Datuk Hattan tegur selebriti bangga dan menunjuk-nunjuk dapat rentas negeri

 


Ramai yang tidak faham kenapa sejak kebelakangan ini ada segelintir selebriti dan instafamous yang tidak bertanggungjawap dan seakan bangga selepas dapat kebenaran dari pihak berkuasa untuk merentas negeri.


Sampai ada diperkatakan kini pihak berkuasa mungkin akan ketatkan lagi syarat merentas negeri kerana tidak mahu isu individu menyalahgunakan permit/surat rentas negeri dengan pergi bercuti.


Menurut laporan dari rotikaya, Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi Datuk Hattan yang menegur golongan berkenaan yang gemar menunjuk-nunjuk pelbagai aktiviti di media sosial untuk tontonan umum.



“Bukan salah dorang (polis), puncanya sikap Instafamous dan selebriti. Kau dah dapat kebenaran mana kau nak melingkup, kau punya pasal.


“Bila dah dapat kebenaran tu, pandai-pandai lah jaga. Yang kau pergi upload semua benda pasal apa? Ni jadi sikap tak bertanggungjawab, fikir secara waras!,” katanya.



Hattan turut menegaskan disebabkan sikap tidak bertanggungjawab itu mungkin ramai yang tidak dapat pulang ke kampung sempena hari raya nanti.


“Gemar menunjuk-nunjuk. Kesian la kat semua orang, Ramadan dan raya dah nak dekat. Silap-silap tak boleh balik kampung.



“Puncanya benda-benda bang*ng macam ni la. Berhenti la perasan kita ni Instafamous, selebriti. Orang lain pun popular,” katanya.


Difahamkan, Hattan mengulas mengenai satu notis syarat pelepasan rentas negeri diperketatkan di pintu sebuah balai polis yang tular baru-baru ini. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai memo itu.


Sumber : rotikaya

No comments:

Powered by Blogger.