Header Ads

(VIDEO) Gelagat Neelofa sakat suami cuit hati netizen, PU Riz kelihatan malu-malu kena 'paksa' live

 


Walaupun sudah hampir sebulan menjadi pasangan suami isteri yang sah, pasangan selebriti popular Neelofa dan PU Riz masih lagi hangat menjadi perbualan netizen.


Baru-baru ini, gelagat pasangan ini telah menarik perhatian netizen dan peminat LofaRizz khasnya apabila Neelofa membuat IG Live di laman instagram miliknya, sambil memberikan Q and A kepada penonton live tersebut.



Namun netizen lebih tertarik melihat gelagat PU Rizz yang kelihatan malu-malu dan tidak mahu berada di depan kamera. Gelagat comelnya itu membuatkan ramai netizen terhibur melihatnya sehingga Neelofa'merajuk' manja dek sikapnya itu.

Alahai manisnya pasangan yang baru berkahwin ni ya! Melihat diruangan komen, rata-rata netizen gembira dan terhibur melihat pasangan merpati dua sejoIi ini.





Sumber: Lofa World


No comments:

Powered by Blogger.