Header Ads

(VIDEO) Pakcik Tua Minta Sedekah Tepi Jalan Sebab Nak Bayar Sewa Rumah, Netizen Dakwa Anak Sendiri Yang Hantar

 


Sejak dari kecil kita dijaga bagai menatang minyak yang penuh oleh ibubapa kita, malam sanggup berjaga demi memastikan tiada seekor pun nyamuk datang mengganggu anaknya. Beli pakaian dan makanan yang anak nak, walaupun bertahun-tahun ibu dan ayah tak bertukar pakaian baru. Itulah peng0rbanan ibu dan ayah demi memastikan anak membesar dengan sempurna dan tanpa kekurangan walau pun kadang-kadang terpaksa berhutang demi kebahagiaan anak-anak.


Bila dah dewasa dengan harapan kita pula yang akan menjaga orang tua kita dengan penuh kasih sayang.


Baru-baru ini viral satu video di media sosial apabila seorang wanita, Fara Sharina telah memuat naik satu video dia terserempak dengan seorang pakcik tua di tepi jalan.


Menurutnya, warga emas tersebut dilihat berseorangan dalam keadaan terhuyung hayang mungkin kerana penglihatan yang tidak jelas sebelum menghampiri keretanya.


Lebih sebak, pakcik tersebut meminta sedikit wang yang membayar sewa rumah. Atas dasar simpati, Farah menghulurkan wang berjumlah RM50 serta sedikit kuih muih.

Perkongsian videonya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati atas nasib warga emas berkenaan.


Bagaimanapun, ada netizen mempersoalkan tentang latar belakang pakcik itu apabila ada individu mendakwa warga emas berkenaan dihantar oleh anaknya untuk meminta sedekah setiap hari.


Melihatkan jawapan daripada beberapa individu, ramai netizen lebih sebak dan kasihan dengan warga emas berkenaan.



Bagaimanapun, setakat ini masih tidak dapat dipasti kesahihan dakwaan tersebut. Apa pun diharap segala urusan pakcik dipermudahkan dan bukanlah anak dia yang menyuruhnya berbuat demikian. 

Sungguh tidak sanggup melihat seorang tua yang sepatutnya menghabiskan sisa-sisa hidupnya dirumah atau di masjid.

 

SUMBER: TikTok via GuIapop

No comments:

Powered by Blogger.