Header Ads

(VIDEO) Siap Cium Kaki, Lakonan Penuh Penghayatan Ellie Suriaty Dalam ‘Ayat Dari Langit’ Buat Ramai Netizen Terkejut Dan Tidak Percaya!

 


Siapa yang tidak kenal dengan pelakon senior, Ellie Suriaty yang tidak pernah mengecewakan bila melakonkan sesuatu watak.Bila mendapat amanah untuk menjayakan satu-satu watak pastinya pelakon berbakat ini akan memberikan 110% komitmen pada kerja yang diamanahkan kepadanya.

Namun baru-baru ini viral satu video aksi terlajak berani yang dilakonkan oleh Ellie dalam telefilem terbaharu berjudul Ayat Dari Langit itu antara lainnya turut menjadi perdebatan ramai.

 

Malah, tidak kurang juga yang memuji kehebatan lakonan Ellie yang sanggup melakukan apa sahaja watak dan babak yang diberikan.


Selain adegan mencium kaki itu, dialog yang menghalalkan zl.na antara Ellie dan Puteri Sarah Liyana turut meraih perhatian netizen.

Beberapa adegan menarik telefilem Ayat Dari Langit itu dikongsikan di akaun Instagram Bambam Studios sejak beberapa hari lalu.

babak Ellie yang sedang menjirus air lalu mencium kaki lelaki itu menjadi perbualan hangat kerana terkejut melihat Ellie mencium kaki seorang lelaki tanpa rasa geli.


Babak yang tidak disangka sehingga mencium kaki lelaki itu dilakonkan oleh Ellie dalam telefilem terbaru iaitu Ayat Dari Langit menjadi perbualan hangat para netizen.


Telefilem ‘Ayat Dari Langit’ arahan Rashid Sibir akan ditayangkan pada malam ini jam 9 malam di Astro Citra.


‘Apabila taksud menguasai diri segalanya halal’


Melihat diruangan komen,rata-rata netizen memberikan pelbagai pandangan.Ada yang kagum dengan keberanian Ellie melakonkan watak sebegitu dan ada juga yang seakan tidak percaya melihat apa yang dilakonkan Ellie demi menjayakan telefilem tersebut.





Ayat Dari Langit mengisahkan kehidupan Ustaz Muiz dan isterinya yang mengajar ajaran sesat dan mahu pengikutnya mengikut telunjuk mereka.


Lama kelamaan membuatkan pengikutnya bernama Kamal mula rasa sangsi.Ayat Dari Langit dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie, Ellie Suriaty, Puteri Sarah Liyana, Kodi Rasheed, Rahim Jailani, Ismail Yaakob dan ramai lagi.


Sumber : 0hBuIan

No comments:

Powered by Blogger.