Header Ads

Solat melebihi kapasiti, 37 orang jemaah berselawat dikompaun kerana ingkar SOP PKP

 


Seperti yang kita sedia maklum, bagi menghalang penularan wa.bak C0VlD-19 yang semakin membimbangkan di negara ini, pihak kerajaan telah melaksanakan PKP. 


Namun masih ada segelintir rakyat yang mengambil ringan SOP PKP yang dilaksanakan pihak berkuasa ini. Baru-baru ini viral satu video berdurasi 27 saat yang memaparkan kira-kira 37 jemaah menunaikan solat isyak berjemaah sebelum mereka dikesan pihak polis dan dikenakan kompaun.


Kejadian itu dikatakan berlaku pada hari Ahad yang lalu kira-kira pukul 9 malam di sebuah masjid dan surau di Pasir Mas.



Menurut laporan dari MalaysiaKini, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Nasaruddin Mohd Nasir berkata, dalam kejadian di sebuah masjid pihaknya mengambil tindakan kompaun terhadap 28 individu atas kesalahan tidak memakai pelitup muka.


Katanya, di lokasi sebuah surau pula seramai sembilan individu dikenakan kompaun kerana kesalahan sama.


"Kesemua mereka dalam lingkungan usia antara 20 hingga 70 tahun.


"Ada juga jemaah yang terdiri daripada kanak-kanak berusia antara lima hinggan 10 tahun, tetapi kita menggunakan budi bicara dan nasihat memandangkan mereka individu bawah umur, " 


Nasaruddin berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya akur dengan SOP yang ditetapkan kerajaan memandangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.


Katanya, pihak polis tidak akan berkompromi dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar peraturan di bawah akta pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit 2021.


Sumber : MalaysiaKini

No comments:

Powered by Blogger.