Header Ads

Ambil tindakan pada pengetua sekolah Ain jika benar tulis komen negatif, kata ahli parlimen Pakatan Harapan

 


Adun dan ahli parlimen Pakatan Harapan (PH) di Selangor menggesa tindakan diambil terhadap pengetua di sekolah Ain Husniza Saiful Nizam sekiranya benar dia membuat kenyataan negatif di Facebook mengenai pelajar berkenaan.


"Setakat ini, pengetua tersebut tidak menafikan perbuatannya itu dan sejak itu memadamkan komen di Facebook Saiful Nizam (ayah kepada Ain) itu.


"Sengaja atau tidak, komennya selanjutnya memberikan keizinan kepada pendidik dan pelajar lain bahawa keg.nasan terhadap wanita boleh dijadikan sebagai bahan gurauan, selain perbuatan merendahkan sesiapa sahaja yang be.rani mempersoalkan status quo boleh diterima," kata kenyataan tersebut.




Malaysiaklni sudah menghubungi Jabatan Pendidikan Selangor dan pengetua sekolah berkenaan untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.


Adun berkenaan terdiri daripada Juwairiya Zulkifli (Bukit Melawati), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Siti Mariah binti Mahmud (Seri Sedang), Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baru), Tony Leong Tuck Chee, Hee Loy Siang (Kajang), V Ganabatirau (Kota Kemuning),Edry Faizal Eddy Yusof (Dusun Tua), Bryan Lai (Teratai), Lau Weng Sang (Banting), Rozana Zainal Abidin (Pematang), Khairuddin Osman (Paya Jaras), Rodziah Ismail (Batu Tiga), Dr Idris Ahmad (Ijok), Syamsul Firdaus (Taman Medan), Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (Meru), Borhan Aman Shah (Tanjong Sepat), Halimey Abu Bakar (Seri Setia), Lim Yi Wei (Kampung Tunku), Wong Siew Ki (Balakong), Shatiri Mansor (Kota Damansara), Zawawi Mughni (Sungai Kandis), Gunaraj a/I R. George (Sentosa), Azmizam Zaman Huri (Pelabuhan Klang), Mohd Sany Hamzan (Taman Templer), Jamaliah Jamaluddin (Bandar Utama) dan R Rajiv (Bukit Gasing).


Manakala ahli parlimen terdiri daripada Wan Azizah Wan Ismail (Pandan), Tony Pua (Damansara), June Leow (Hulu Selangor), Charles Santiago (Klang), William Leong, (Selayang), Maria Chin Abdullah (Petaling Jaya), Ong Kian Ming (Bangi), Wong Chen (Subang), Sivarasa Rasiah (Sungai Buloh), Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor), Husanuddin Mohd Yunus (Hulu Langat).


Sehubungan itu, wakil rakyat berkenaan menggesa Kementerian Pendidikan mengambil tindakan tatatertib yang tegas terhadap pengetua terbabit, sekiranya dia didapati telah menulis komen negatif tersebut.


Mereka juga menggesa sia.satan dilakukan terhadap guru yang telah mengambil tindakan terhadap pemberi maklumat.



Sementara itu mereka berkata, terdapat keperluan mendesak untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepekaan gender di kalangan guru dan pelajar.


"Hormat, kesaksamaan dan keadilan adalah nilai yang ingin dimiliki oleh rakyat Malaysia dalam hasrat mencapai sebuah negara yang lebih baik.


"Satu Akta Kesaksamaan Gender seperti yang dicadangkan oleh Pakatan Harapan mesti dilaksanakan untuk memastikan anak-anak perempuan dan lelaki kita dilindungi," katanya.


Ain Husniza yang baru-baru ini mendedahkan seorang guru lelaki di kelasnya membuat jenaka mengenai rog0I, diberikan surat amaran pertama kerana tidak hadir ke sekolah.


Bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab berkata, surat bertarikh 28 April itu menyatakan Ain boleh dibuang sekolah jika dia tidak hadir atau gagal memberi sebab-sebab mengenai ketidakhadirannya.


Pada hari yang sama, Saiful menyiarkan tang.kap layar di Facebook berkaitan komen yang didakwa dilakukan seorang guru di sekolah Ain di ruang komen salah satu hantaran di Facebooknya.

SUMBER : MALAYSlAKlNl

No comments:

Powered by Blogger.