Header Ads

“Bila Selebriti Tak Patuh SOP Korang Bising, Tapi…” - Netizen Tak Puas Hati Pengunjung Bazar Jalan TAR Masih Tiada Penjarakan

 


Kerajaan telah memberi kelonggaran kepada peniaga dan juga orang ramai yang ingin membuat persiapan raya aidilfitri dengan membenarkan bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) beroperasi.


Namun baru-baru ini viral gambar yang memaparkan kesesakan pengunjung yang mengunjungi bazar tersebut sehingga mencetuskan kema.rahan netizen lain kerana dapat dilihat mereka tidak menjaga penjarakan fizikal.


Netizen bengang apabila didapati pengunjung masih sanggup bersesak mencari barangan raya biarpun kes di Kuala Lumpur dan Selangor antara yang tertinggi.


Malah, rata-rata mereka kecewa apabila kesedaran orang ramai tentang bahayanya pandemlk C0VID-19 masih rendah.



“Macam tak ada perubahan pun dekat jalan TAR ni walaupun angka dah lebih 3,000.”


“Ramainya umat, tak sedar ke C0VID makin tinggi.”


“Bila selebriti tak patuh SOP bising, tapi jalan TAR ni penuh eh,” tulis beberapa netizen.


Sementara itu menerusi laporan Berita Harian, biarpun pengunjung mematuhi SOP dengan memakai pelitup muka, namun mereka masih gagaI mengekalkan jarak satu meter antara satu sama lain.


Selain itu, ada juga pengunjung membawa anak kecil beratur dalam keadaan rapat sehingga ditegur anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang melakukan rondaan bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi.


Sekadar info, penganjur bazar Aidilfitri di Jalan TAR kini diarah memperkemaskan SOP termasuk menghantar laporan harian kepada Kementerian Wilayah Persekutuan berhubung perjalanan operasi di situ.


Arahan dikeluarkan susulan tersebar beberapa gambar dan video memaparkan kesesakan orang ramai yang ingin memasuki bazar Aidilfitri Jalan TAR sehingga mengabaikan SOP, termasuk penjarakan fizikal.

Sumber : Berita harian

No comments:

Powered by Blogger.