Header Ads

Dagu terbelah ikut belah ibu, keayuan luar biasa Wafariena bak gadis melayu terakhir jadi bualan netizen

 


Siapakah Wafariena Roslan? Dia antara bintang baru dunia lakonan yang mula dikenali menerusi siri televisyen 7 hari mencintaiku 2.


Wajahnya yang ayu persis wanita melayu terakhir ini menjadi igauan netizen terutamanya lelaki. Manakan tidak selain dari memiliki lesung pipit, Wafa juga mempunyai dagu terbelah yang mana menjadi idaman para wanita.


Bagi yang mempunyai belahan di tengah dagu bukan sahaja kelihatan cantik malah dilihat sangat unik.


Lekuk ditengah dagu itu juga menjadikan diri mereka ‘mahal’ kerana tarikan yang mempersonakan. Walau bagaimanapun setiap individu ada kelebihannya yang tersendiri.


Keayuan selebriti yang mesra dengan panggilan Wafa yang turut memiliki dagu terbelah juga membuatkan beliau seringkali menerima pujian dari peminat setianya.


Baru-baru ini, Wafa ada memuat naik satu video di media sosial miliknya yang memaparkan dia bersama dengan ibu telah menarik perhatian netizen.


Wafariena dilihat memuat naik momen istimewa dia bersama ibunya itu di ruangan Instagram dan ternyata kecantikan dua beranak ini mengundang pujian ramai terhadap mereka.




Apatah lagi, peminat dapat melihat kecantikan Wafariena saling tak tumpah seperti ibunya itu yang turut mempunyai dagu terbelah.


Ramai yang memuji kecantikan Wafa yang sebijik macam ibunya.


"Ibu cantik..patutlah anaknya pun cantik jelita.. no wonderlah" - netizen


Sumber : DNQ.pw via terengganutv

No comments:

Powered by Blogger.