Header Ads

“Dia Banyak Perjuangkan Islam” - Mawar Rashid Luah Simpati, Tidak Mahu Neelofa Kena Penjara

 


Umum sedia maklum, pasangan selebriti popular Neelofa dan suaminya PU Riz sudah banyak kali kantoi tidak mengikut SOP yang ditetapkan. Selepas dikompaun pasangan ini dilihat seakan kebal dan acuh tidak acuh dengan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan penuIaran pandemlk C0VID-19.


Semalam satu petisyen telah dilancarkan oleh netizen bagi mendesak kerajaan supaya selebriti tersebut dikenakan hukuman penjara atas semua kesalahan yang telah dilakukannya itu.


Tetapi perkara itu sama sekali tidak dipersetujui oleh pelakon Mawar Rashid yang bertindak membela nasib Neelofa daripada dikenakan tindakan sebegitu.


Menurut komen yang ditinggalkan oleh Ma.war di sebuah portal hiburan tempatan, Neelofa tidak sepatutnya dipenjara kerana beliau sering memperjuangkan hak orang Islam.


Namun mungkin kerana turut dikecam, komen yang ditinggalkan oleh Mawar itu telah dipadam.


Pada 20 Mei , Neelofa dan suaminya PU Riz dilihat telah dihadapkan ke Mhkamah Majistret Seremban atas pertuduhan meIanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi kes rentas negeri bertujuan membeli karpet di Nilai 3 pada 2 Mei lalu.


Difahamkan mereka berdua mengaku tidak bersalah atas pertud.uhan gagal membuat imbasan MySejahtera dan telah dikenakan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi PU Riz manakala RM5,000 bagi Neelofa.


Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan sesiapa sahaja yang melakukan kesaIahan tetap perlu dikenakan tindakan undang-undang yang adil.


Sumber foto: Instagram BH Online via HOTFM

No comments:

Powered by Blogger.