Header Ads

Didakwa Tidak Jaga SOP Ketika Pergi Majlis Buka Puasa, Instafamous Menyesal Dan Tampil Mohon Maaf

 


Baru-baru ini ada seorang pengguna twitter telah membuat ciapan berkenaan satu majlis berbuka puasa anjuran sebuah organisasi yang telah dihadiri oleh beberapa selebriti tempatan antaranya ialah Mawar Rashid, Iman Troye, Dr. Fadzley, Nurin Afiqah, Heliza Helmi, Hazwani Helmi dan ramai lagi.


Gelagat mereka mendapat perhatian ramai apabila gambar bersalaman, berIaga pipi berlegar di media sosial yang jelas mengundang persoalan tatkala negara sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Selepas mendapat kecaman dan netizen dan ada yang sampai ingin melaporkan kepada pihak berkuasa, salah seorang instafamous mengaku kekhilafan dan tampil mohon maaf dan berjanji akan lebih berhati-hati ketika berada di tempat awam serta menjaga SOP.

Instafamous yang berusia 25 tahun ini mengakui kesalahan dirinya malah sedar terlepas pandang dalam banyak perkara serta kurang menjaga sensitiviti sehingga menyebabkan ramai netizen yang berang.

Melihat diruangan komen,rata-rata netizen kesal dengan sikap segelintir mereka yang degil, dan apabila kena kompaun sampai nama pihak berkuasa pula yang jadi tempat netizen melepaskan bengang.

"Kena faham lah wahai manusia,Kerajaan bagi kelonggaran pada premis restoran dan hotel utk buat majlis supaya staff yg ada masih dpt meneruskan kelangsungan hidup.Supaya ada pendapatan utk menyara hidup.

Jadi,kita org awam ni...tolonglah jaga SOP. Jadilah org yg berdisiplin.Tolonglah..

Maaf memang boleh maaf,tapi dh timbul lagi satu isu.Apa lah payah sgt nak faham korang ni.

Lepas tu duk salahkan Kerajaan lah,salahkan polis lah,salahkan KKM lah.Diri sendiri tak reti nak jaga disiplin.Sedih lah Acik camni" - fb Faranisyah Hakim





Nurin juga telah menafikan yang dia tidak menggunakan popularitinya sebagai ‘tiket’ untuk terlepas daripada sebarang kesalahan yang berkaitan dengan isu SOP kerana dia juga sama sahaja seperti masyarakat lain yang perlu mengikuti peraturan SOP.


Sumber : nurinafiqah via ohbuIan

No comments:

Powered by Blogger.