Header Ads

Ianggar SOP: Saya ke rumah lepas ibu menangis anak nak makan sate, kata Adun PAS

 


Adun Chukai Hanafiah Mat yang dikompaun RM2,000 kerana meIanggar prosedur operasi standard (SOP), menjelaskan dia hanya berbuat demikian selepas menerima permintaan seorang wanita bahawa anaknya mahu makan sate pada sambutan Hari Raya Aidilfitri.


Dalam rakaman video yang dimuat naik di laman Facebooknya, Hanafiah yang juga exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata susulan itu, dia menyediakan sendiri hidangan tersebut dan menghatar ke rumah mereka.


"Saya reda dengan kompaun dikeluarkan polis namun kalau kita lihat peristiwa ini, pada pagi raya seorang ibu sambil menangis menelefon saya dan kata anaknya yang sudah kematian bapa, terasa nak makan sate di hari raya.


"Lalu saya ba.kar sate selepas sembahyang raya, sebanyak 30 hingga 40 batang, bungkus sendiri dan hantar ke rumah mereka.



"Saya lihat mereka sangat sedih (pada) hari bahagia ini. Orang kampung makan sate, keliling rumah (jiran) makan sate, tapi mereka tak dapat makan," katanya, menjelaskan dia turut membuat sumbangan itu kepada beberapa rumah.


"Saya tak (masuk) dalam rumah, sekadar beri di tangga - sate, kuih dan sedikit duit raya untuk anak mereka. Itu saja yang saya lakukan tetapi kerana ini (melibatkan) SOP, saya reda," katanya lagi.


Menurut Bernama hari ini, Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata Hanafiah dikenakan den.da selepas didapati membuat kunjungan ke beberapa rumah pada 1 Syawal lalu.



Perkara itu juga tular di media sosial.


Menurut laporan itu, kompaun dikenakan selepas Hanafiah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman malam tadi.


Dia menjadi exco Terengganu kedua yang dikenakan kompuan, selepas Exco Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Dr Azman Ibrahim yang dikenakan den.da yang sama pada Jumaat lalu.

SUMBER : MALAYSIAKlNl

No comments:

Powered by Blogger.