Header Ads

Ibu Bapa Dedah Anak-Anak Berhenti Menangis Bila Dengar Lagu Raya Iman Troye

 


Pasti anda sudah mendengar lagu raya pertama dari Iman Troye yang berjudul Pejam Celik Hari Raya. Khabarnya lagu ini mendapat sambutan yang luar biasa dari netizen.

Iman Troye atau nama sebenarnya Siti Nur Iman Alyssa Sahabudin berkata dia cukup teruja dan dalam masa sama terharu apabila lagi itu dapat mengembalikan mood raya orang ramai, malah disukai semua peringkat usia.Tambah-tambah lagi rakyat Malaysia yang tidak boleh pulang beraya ke kampung kerana perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diseluruh negara yang bermula 12 Mei - 7 Jun 2021.

“Alhamduillah syukur apabila lagu raya pertama saya ini merima jumlah tontonan yang tinggi sehingga trending di laman YouTube.


“Percaturan kami lancar lagu ini sebelum bulan Ramadan kiranya menjadi, sahaja kita lancar awal sebab nak bawa vibe raya tu.


“Antara komen positif ada ibu bapa suka tengok anak-anak mereka berhenti menangis dan menari sekali bila dengar lagu ini. Memang niat awal kita buat lagu ni untuk orang happy, bila budak-budak suka, ibu bapa pun suka. Alhamdulillah semua suka,” katanya.


Setakat ini, lagu ciptaan A. Ramlee dan Ezra Kong itu menerima hampir lima juta tontonan sejak dimuat naik pada 9 April lalu.

SUMBER : MSTAR ONLlNE

No comments:

Powered by Blogger.