Header Ads

Ibu menangis kerana diabai 9 anak, menantu tampil dedah cerita sebenar yang ramai tidak tahu...

 


Sejak dari semalam viral satu posting di media sosial yang memaparkan seorang wanita warga emas berkongsi kisah peritnya mengatakan dia 'dibuang' oleh sembilan orang anaknya.

Dan malam tadi juga, menerusi laporan dari tv3 warga emas tersebut yang dikenali sebagai Zarah Ahmad mengatakan dia telah diabaikan anak-anaknya semasa menerima rawatan di hospital akibat terja.tuh, sebelum dirujuk ke rumah jagaan itu sejak sebulan lalu.

Tambah warga emas itu lagi, dia berasa sungguh terkilan dengan tindakan anak dan menantunya yang mendakwa dirinya tidak diambil peduli lagi selepas suaminya meninggal dunia tiga tahun yang lalu.


Temubual berkenaan menerima pelbagai kecaman netizen apabila menganggap anak-anak warga emas itu tiada sifat perikemanusiaan kerana sanggup mengabaikan ibu kandung sendiri dan meninggalkan di rumah jagaan orang tua.

Selepas perkongsian tersebut viral dan menimbulkan keresahan dikalangan netizen, ada yang mengecam tindakan anak-anak dan menantu warga emas terbabit.

Seorang wanita bernama Normala Shamsuddin yang juga merupakan menantu kepada Zarah tampil memuat naik perkongsian di fb miliknya menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku.


Sahabat sekalian

Untuk makluman ini ada lah ibu mertua saya. Dan untuk makluman juga bukan anak2 yg buang dia tapi dia yg buang anak2. Buang anak2 sejak mereka kecil ya kawan2.

Berpisah dgn arwah ayah dan terus tak ambil peduli pasal anak2. Dia bnyk duit ya. Mmg hidup tak susah. Ada rumah sendiri. Ada harta. Tapi anak2 dan menantu semua adalah musuh dia.

Suami saya adalah anak yg selalu dia hlna. Suami saya ni miskin, orang susah. Anak2 suami saya bukan cucu dia. Padahal masa dia tinggalkan arwah ayah, anak2 masih kecil dan suami saya lah yg uruskan semua.

Abg ipar yg sulung jaga dia elok2 tapi dia yg tak nak dan berkeras nak balik KL. Makl hamun mmg mainan dia ya. Anak bongsu hampir berce.rai berai kerana dia. 

Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus di perbetulkan. Org yang tak tahu mmg akan kesian kat dia. Biasalah naluri kita manusia mudah kesian nak pulak dia org tua.

So, please do not judge when you do not even know the whole story. The truth!


SUMBER FB NORMALA SHAMSUDDIN

No comments:

Powered by Blogger.