Header Ads

Joseph Ng Soon Siang mohon maaf, replika lembu memakai samping, songkok diturunkan

 


Baru-baru ini viral di media sosial apabila satu posting yang memaparkan dekorasi replika lembu yang memakai kain samping serta songkok di Bulatan Jalan Air Itam di sini, menimbulkan kemrahan orang ramai khususnya umat Islam.

Dekorasi Hari Raya Aidilfitri iaitu replika lembu memakai samping dan songkok di bulatan berhampiran Jalan Ayer Itam, di sini, sudah diturunkan, semalam.


Tindakan itu dilakukan segera selepas ia tular di media sosial dan mencetuskan kemrahan orang ramai terutama masyarakat Muslim.


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Itam, Joseph Ng Soon Siang berkata, pihaknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya berhubung isu dekorasi dan replika berkenaan.


Joseph berkata, dia turut memohon maaf kepada rakan beragama Islam khususnya mengenai kekhilafan tercetus itu.


"Kami tidak berniat bagi menggurls sensitiviti masyarakat terutama dalam mengekalkan keharmonian sedia terjalin dengan pelbagai kaum di Pulau Pinang.



"Umumnya setiap kali musim perayaan, saya akan meletakkan perhiasan mengikut tema perayaan di lokasi berkenaan," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.


Joseph berkata, kelalaian dibuat tanpa sebarang niat bu.ruk berhubung hiasan sempena Syawal itu sudah menyentuh sensitiviti rakan Muslim di situ.


"Dengan ini, sekali lagi saya ingin memohon maaf dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas kejadian ini," katanya.

SUMBER : HARlAN METRO

No comments:

Powered by Blogger.