Header Ads

Kisah sebenar disebalik usahawan produk kosmetik berlagak mengaku tak suka solat yang ramai tidak tahu

 


Baru-baru ini heboh dimedia sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang usahawan kosmetik wanita yang ketika itu sedang buat 'live' dengan peminatnya dengan tanpa segan silu mengaku dirinya tidak suka solat.


Klip video berdurasi 27 saat itu memaparkan wanita itu bercakap dalam loghat Kelantan.


"Orang nak buat apa suka hati orang la (orang panggilan untuk diri sendiri). Bacaan Yasin tak perlu tunggu malam Nisfu Syaaban. Mu datang duduk rumah aku lagu mana (macam mana). Aku nyembah (solat) ke tak? Kalau nak tahu aku nyembah ke tak datang rumah aku.


"Aku memang tak suka sembahyang. Jangan suruh aku sembahyang. Ambil air sembahyang (wuduk) pun aku tak reti. 'Macam mana Aiman ambil air sembahyang' (tanya pada orang sebelah)," kata wanita itu, tidak dapat dipastikan bila dan lokasi video tersebut dibuat..

Pengakuan terlajak berani dari wanita yang bergelar usahawan produk kosmetik itu menimbulkan amarah netizen terutamanya orang Islam.



Walaupun ramai yang mengecam, ada seorang netizen yang menggunakan nama @Zesha_ telah meninggalkan komen mendakwa usahawan itu tiada niat mempersenda agama tetapi memberi sindiran kepada ‘makcik bawang’ yang suka mengutuknya tidak menunaikan solat.


Menurut individu itu lagi, semasa sedang membuat siaran 'live' di restoran tersebut, anak-anaknya didapati menunaikan solat di dalam restoran terbabit.


Menurutnya lagi, usahawan tersebut ‘bermulut’ sebegitu, tetapi tidak bermakna orang luar sewenangnya boleh terus membuat andaian liar.


Jika betullah apa yang diberitahu oleh individu terbabit, mungkin ramai netizen yang sudah salah faham tetapi walau apapun alasan, adalah tidak wajar untuk kita mengeluarkan kenyataan terutamanya yang membabitkan hal agama kerana bimbang disalah tafsir oleh orang ramai nanti.

Sumber : Gulapop

No comments:

Powered by Blogger.