Header Ads

Nafkah isteri RM5 sebulan, ramai netizen bengang dengan suami 'mithali' ini!

 


Seperti yang kita semua sedia maklum, adalah menjadi tanggungjawab bagi seorang suami untuk menyediakan nafkah zahir dan batin. Nafkah zahir yang dimaksudkan disini adalah menyediakan tempat tinggal, makanan, pakaian dan juga perkara asas yang lain bagi seorang wanita.


Semua ini tidak mempunyai berapakah nilai sebenar kerana kemampuan setiap orang tidak sama, jika mampu bagi lebih boleh berbuat demikian tapi jika tidak mampu cukuplah menyediakan keperluannya dan tidak berlebih-lebihan.


Baru-baru ini viral satu perkongsian di laman sosial apabila seorang peguam yang dikenali sebagai Surianti Ghani telah berkongsikan satu kisah rumah tangga berkenaan nafkah yang sudah menjadi tanggungjawab seorang suami. Difahamkan, si suami hanya memberikan nafkah secara ala kadar dan sama sekali tidak menyediakan keperluan yang lain.

Bahkan, paparan transaksi bank turut dikongsi untuk jadikan bukti yang menunjukkan si suami hanya memberikan nafkah sebanyak RM5 sebulan kepada isterinya.


Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri, lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki.


Lelaki itu dipercayai sama sekali tidak memberikan nafkah yang secukupnya bahkan, isterinya pula perlu menanggung kos-kos lain termasuk barang dapur, dan sewa tempat tinggal. Apa yang lebih mengejutkan, apabila nafkah bulanan isterinya dinaikkan dua kali ganda kepada RM10 berikutan bulan Ramadan.


Realiti 1 kes di mhkamah syariah setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri. Itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan.

Menjenguk ke ruangan komen, seperti biasa netizen ada pelbagai pendapat dan komen, namun majoriti seperti tidak percaya pada ketika zaman sekarang masih ada suami yang tergamak memberikan nafkah sebanyak rm5 sebulan kepada si isteri.





Ramai yang bengang sebab bila tidak sihat si isteri juga yang akan menjaganya, bila balik kerja lapar dan penat isteri juga yang memasak dan mengurutnya.Kenapa perlu berkira sangat dengan pasangan hidup sendiri.





Sumber: Surianti Ghani via OHBuIan

No comments:

Powered by Blogger.