Header Ads

Neelofa lancar kempen Naelofar For Humanity

 


Siapa saja yang tidak kenal dengan Neelofa, seorang selebriti dan juga usahawan berjaya yang baanyak menolong insan yang memerlukan.


Menerusi laporan dari harian metro, usahawan cantik ini menerusi jenama tudungnya, Naelofar bakal mengadakan menyumbangkan 100 peratus keuntungan menerusi jualan produk itu pada 29 dan 30 Mei ini.


Neelofa, 32, berkata, keuntungan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction bagi membantu rakyat PalIestin.



"Menerusi kempen Naelofar For Humanity ini, objektif saya adalah untuk memberi kesedaran yang menyeluruh mengenai apa yang sedang berlaku di PalIestin dalam kalangan pengguna, juga dapat memberikan bantuan dalam membina semula Gaza yang terjejas.


"Justeru, 100 peratus keuntungan yang diraih menerusi kempen ini akan disalurkan ke tabung Naelofar For Humanity x MyFundAction," katanya.


Menurut Neelofa, dia berharap inisiatif yang dilakukan dapat membantu rakyat PalIestin yang mende.rita ketika ini.



"Insya-Allah, saya berharap inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang sangat sangat memerlukan di sana," katanya.


Selain Neelofa, kempen itu turut disertai oleh artis popular seperti Kilafairy, Wany Hasrita dan Amira Othman.


Jualan itu akan diadakan di seluruh saluran jualan Naelofar iaitu di Naelofar.com, Naelofar TTDI, Setia Alam, One Utama, Sogo dan Isetan.

Artikel : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.