Header Ads

Neelofa, PU Riz tak mengaku salah Ianggar SOP PKPB, bayar ikat jamin RM15,000

 


Selebriti, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail (PU Riz) mengaku tidak bersaIah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan meIanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Muhammad Haris, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meIanggar SOP selepas pertu.duhan dibacakan hadapan Majistret Mahyun Yusoff.


Pasangan itu didakwa atas pertu.duhan tidak membuat imbasan aplikasi MySejahtera atau menulis secara manual nama dan nombor telefon sebelum memasuki premis kedai Naeem Carpet Sdn Bhd.



Mereka didak.wa melakukan perbuatan itu kedai Naeem Carpet di No 219, Jalan 3/6, Kawasan Perindustrian Nilai 3, di sini, pada jam 4 petang, 2 Mei lalu.


Sementara itu, Muhammad Haris juga didak.wa tidak memakai pelitup muka di tempat awam iaitu di premis kedai sama dan pada tarikh serta waktu yang sama.




Bagi semua perbuatan itu mereka didakwa mengikut Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyaklt Berjangklt (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkltan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) 2021 [P.U. (A) 97/2021] yang dilanjutkan tempoh pelaksanaannya melalui pewartaan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyaklt Berjangklt (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkltan) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No. 4) (Pindaan) (No. 12) 2021 [P.U. (A) 199/2021] dan boleh dihu.kum di bawah Peraturan yang sama.


Mhkamah membenarkan Muhammad Haris diikat jamin RM10,000 untuk kedua-dua kesaIahan manakala Neelofa diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.


Mahkamah juga menetapkan 4 Jun untuk sebutan semula ke.s.


Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Aling manakala pasangan itu diwakili peguam Haresh Mahadevan.


Pasangan itu membayar wang jaminan sebelum meninggalkan mhkamah.

No comments:

Powered by Blogger.