Header Ads

NGO kaum dayak lengkap berbaju tradisi buat laporan polis, desak SKMM siasat video Ryzal DurianKimchi

 


Sejak dari semalam kecoh di media sosial mengenai isu yang melibatkan pasangan influencer popular saluran DurianKimchi selepas Ryzal Ibrahim telah memuat naik satu video yang menyentuh sensitiviti masyarakat Sarawak dan Kaum Iban khususnya.


Video yang berdurasi hampir seminit yang telah viral itu dikatakan sangat keterlaluan kerana influencer tersebut menyamakan pakaian tradisional kaum Iban seperti alas TV dan kain buruk.


Kejadian tersebut telah menggurls hati masyarakat Iban dan Sarawak kerana ianya berbentuk penghlnaan kepada budaya dan adat yang mereka sanjungi selama ini.


Dan sebagai menunjukkan masyarakat ini serius terhadap isu ini, NGO yang mewakili kaum Dayak Sarawak telah membuat laporan di Balai Polis Puchong Jaya, Serdang dengan siap memakai lengkap pakaian tradisional kaum mereka.


Seorang pengguna FB Mike Jok yang mewakili kaum Dayak meminta agar pihak yang terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat Dayak seluruh Borneo dan seterusnya tidak lagi mengulangi perkara yang sama kemudian hari.


Tambahnya lagi, Kita sebagai rakyat yang berpandukan kepada Perlembagaan dan Undang2, Adat dan Agama masing2 tetap mahu hidup dalam AMAN dan DAMAI dengan semua pihak selagi dia seorang manusia yang hidup di bumi ini. Setiap manusia itu ada maruah dia tersendiri. Maka kita harus hormati satu sama yang lain.


Menjenguk di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan dari NGO tersebut sebagai pengajaran kepada semua agar tidak semua perkara boleh dibuat gurau... Terlajak perahu boleh diundur...






Sumber: Mike Jok, Sarawak Entertaiment

No comments:

Powered by Blogger.