Header Ads

Nomad terkilan tak dapat masak sup 'gear box'

 


Biarpun pada mulanya, Nomad sukar membayangkan bagaimana beraya sebagai anak rantau buat kali pertama, namun, itulah hakikat yang terpaksa ditelan penyanyi dan komposer ini.


Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan larangan rentas negeri, bekas peserta program realiti, Gegar Vaganza (GV) ini akur menyambut Aidilfitri bersama adik-beradik di ibu negara.


“Tahun ini, buat kali pertama, saya tidak berpeluang berpuasa dengan Abah dan Mama di Kemaman, Terengganu.


“Selalunya setiap kali Ramadan tiba, kami sekeluarga akan menunaikan solat Tarawih bersama-sama di rumah,


“Kali ini, ditambah pula tidak boleh balik kampung beraya. Jadi, saya meraikan Lebaran dengan adik-beradik di sini,” katanya kepada BH Online.


Lebih membuatkan pemilik nama sebenar Nur Mohd Alieff Ayub ini sayu adalah mengenangkan rutin yang sering dilakukan setiap kali menjelang 1 Syawal.


“Biasanya saya dan Mama adalah orang yang paling sibuk di dapur apabila tiba raya.


“Antara menu wajib yang akan kami sediakan adalah nasi minyak, lontong dan kuah lodeh.


“Agak sedih tahun ini apabila saya tidak dapat masak sup ‘gear box’ yang menjadi menu istimewa kami sekeluarga.


“Biasanya menu itu akan kami masak pada petang raya,” katanya.


“Impian saya apabila menyertai GV adalah untuk kembali aktif dalam bidang seni yang sudah saya tinggalkan beberapa tahun lalu.


“Jujurnya saya rindu menyanyi. Walaupun pernah hilang dari radar seni, namun, peminat yang menyukai lagu Tetap Menantimu masih meneruskan sokongan.


“Buat masa ini, saya masih mempromosikan single terbaharu berjudul Tanda Setia,” katanya yang lebih yakin selepas muncul di pentas GV.


– hmetro

No comments:

Powered by Blogger.