Header Ads

Pasangan jarak jauh dinasihat segera mohon rentas negeri, kata menteri dalam negeri

 


Seperti yang kita sedia maklum, penyularan wa.bak C0VlD-19 di negara kita makin membimbangkan dan kerajaan terpaksa melaksanakan kembali total lockdown bermula 1 hb 6 ini.


Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ada nasihat kepada pasangan suami isteri jarak jauh. Mereka dinasihatkan agar segera mengemukakan permohonan rentas negeri kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebelum pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bermula Selasa depan..


Menurut laporan dari berita harian, Hamzah berkata lagi saranan itu dibuat selepas mengambil kira tiada individu boleh keluar rumah tanpa keperluan yang dibenarkan, sepanjang tempoh terbabit.


Bagaimanapun, beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) bagi pasangan jarak jauh ketika pelaksanaan itu adalah bawah bidang kuasa Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


"Ismail Sabri adalah menteri bertanggungjawab bagi SOP dan harus melihat perkara ini (berhubung pasangan jarak jauh) sebagai antara yang perlu diambil kira," katanya pada sidang media, hari ini.


Namun pada pandangan beliau, Hamzah berkata, perkara itu wajar dipertimbangkan segera supaya pasangan jarak jauh dapat pulang duduk bersama sebelum Selasa depan.


Sementara itu, Hamzah berkata, seramai 70,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan ditugaskan sepanjang penutupan penuh bermula 1 Jun ini. Sebagai langkah awal, pihaknya akan menambah 15,000 anggota PDRM bermula 1 Jun ini.


Hamzah berkata, anggota agensi lain akan digerakkan bagi tujuan penugasan jika keadaan memerlukan. Sebelum ini seramai 37,000 anggota PDRM sudah dikerahkan sebelum pelaksanaan penutupan penuh ini. Susulan perbincangan tadi dan melihat segala aspek, kita bersetuju untuk membuat penambahan anggota.


"Bagaimanapun kalau dalam tempoh dua minggu itu kita lihat anggota sedia ada tidak mencukupi, kita akan gerakkan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan lain-lain agensi," katanya.


Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan berkaitan penutupan semua sektor ekonomi dan sosial sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di kementeriannya, di sini hari ini.


Kelmarin, kerajaan mengumumkan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi atau 'total lockdown' selama 14 hari bagi Fasa Pertama di seluruh negara, mulai Selasa hingga 14 Jun depan.


Pelaksanaan Fasa Kedua bagi tempoh empat minggu pula selepas Fasa Pertama berakhir dengan pembukaan beberapa sektor ekonomi tidak membabitkan perhimpunan besar dan boleh mematuhi penjarakan fizikal akan dibenarkan, jika kes harian COVID-19 berjaya diturunkan pada Fasa Pertama.


Selain itu, sekatan jalan raya di seluruh negara akan ditambah daripada 600 kepada lebih 800 bermula 1 Jun. Pemeriksaan mengejut akan dilakukan pasukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) bersama beberapa agensi di bawah KDN.


"Pemeriksaan mengejut akan dilakukan secara menyeluruh termasuk di luar bandar," katanya.

Sumber : Berita Harian

No comments:

Powered by Blogger.