Header Ads

PeIuk cium anak teruna, netizen tegur Zarina Zainuddin agar jaga batas

 


Baru-baru ini pelakon Zarina Zainuddin ada memuat naik satu video di instagram miliknya yang memaparkan momen indah dia mengendalikan anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil .


Namun perbuatannya itu telah mengundang rasa tidak selesa netizen dan ada yang menegur tindakan pelakon itu yang dilihat memeluk Azil dan mengingatkan mengenai batas pergaulan antara ibu dan anak bujang.


"Jangan peIuk-peIuk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada naf.su juga!" tulis seorang pengikut.

Bagaimanapun, Zarina segera membalas komen netizen wanita berkenaan, katanya..


"Apa la anak sendiri difikir begitu. Apalah pemikiran awak, anak saya tak ada nafsu yang begitu... dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu," jawab Zarina.


Bagaimanapun, rata-rata netizen menyokong tindakan Zarina membelai dan memelihara Azil dengan kasih sayang, tambah-tambah lagi anaknya itu merupakan insan istimewa.

"Azil ni anak istimewa, dia dah macam anak kecil yang perlukan belaian kasih seorang ibu... dia seolah-olah didunia sendiri dan tak macam manusia normal lain.



"Agaknya orang yang komen tu tak pernah beri kasih sayang dekat anak ke sampai tergamak cakap macam tu? Azil dan Azal anak syurga, jangan cakap sebarang kalau tak faham!"  komen netizen yang lain.

Untuk rekod, Zarina mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan anak kembar istimewa, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 24, Muhammad Naim Azrai, 17, dan Muhammad Adam Azrai, 14.


Sumber : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.