Header Ads

Polis siasat Neelofa tidak pakai pelitup muka ketika hadir ke Mahkamah

 


Baru-baru ini Neelofa dan suaminya PU Riz telah hadir ke Mahkamah Majistret selepas dia didakwa atas kesaIahan meIanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, dan Muhammad Haris, 26, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meIanggar SOP selepas pertu.duhan dibacakan hadapan Majistret Mahyun Yusoff.

Bagaimanapun gambar yang dirakamkan oleh pihak media ketika selebriti itu hadir ke mahkamah telah menimbulkan keresahan netizen apabila dia dikatakan memakai niqab tapi tidak memakai pelitup muka.


Menurut laporan dari portal sinar harian, pihak poIis akan menjalankan slasatan terhadap selebriti Noor Neelofa Mohd Noor yang didak.wa mengenakan niqab tanpa memakai pelitup muka ketika hadir ke Kompleks Mahkamah Seremban pada Khamis.

Ketua PoIis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima laporan poIis berhubung perkara itu.


"Laporan poIis diterima kerana tindakan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pemakaian pelitup muka seperti mana diwajibkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada semua orang.


"Ini termasuklah kepada mereka yang mengenakan niqab penuh atau separuh," katanya menerusi kenyataan media.


Menurutnya, penjelasan berkenaan perkara itu telah dikeluarkan juga oleh KKM apabila kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di semua tempat awam bermula 1 Ogos tahun lalu.


Sehubungan itu katanya, satu slasatan telah dijalankan mengikut Sek.syen 269 Kanun Kesek.saan (Akta 574) dan Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pence.gahan Dan Pengawalan Penya.kit Berjang.kit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jang.kitan) 2021.


"Polis tidak akan berkompromi dalam mengambil apa jua tindakan bagi memastikan SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan peraturan yang ditetapkan oleh KKM sentiasa dipatuhi," katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN

No comments:

Powered by Blogger.