Header Ads

Polis terima Iaporan wanita didakwa persenda agama Islam

 


Baru-baru ini heboh di media sosial apabila sebuah video yang memaparkan seorang usahawan kosmetik wanita yang dikatakan berasal dari Kelantan berdasarkan loghat bahasanya ketika itu sedang buat 'live' dengan peminatnya dengan tanpa segan silu mengaku dirinya tidak suka solat.

Menurut laporan dari berita harian, poIis ada menerima laporan berhubung seorang wanita dipercayai pengasas produk kosmetik yang didakwa mempersendakan agama Islam.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata laporan diterima ibu pejabat polis daerah ini pada jam 10.25 pagi tadi.


"Pengadu mendakwa melihat satu rakaman video dikongsi dalam WhatsApp malam tadi, memaparkan wanita Melayu lingkungan 30-an menyatakan dia tidak suka sembahyang dan semua orang tidak solat pada 2021.


"Tindakan itu boleh dianggap mempersendakan dan mempermainkan agama serta boleh menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Abdul Rahim berkata, semakan awal sudah dibuat terhadap video itu dan slasatan lanjut dilakukan mengikut Sek.syen 505(b) Kanun Kesek.saan (KK) dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.


Terdahulu, beberapa klip video mengenai wanita itu tular di media sosial sejak malam tadi, yang turut didakwa mempersenda mengenai solat dan bacaan Yasin.'


Sementara itu, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU) Amin berpandangan terdapat kemungkinan usahawan itu menyindir individu-individu yang menganggap dia tidak solat.


Walau bagaimanapun beliau berkata, apa yang dipertuturkan menerusi video yang tular merupakan kata-kata yang tidak baik untuk dilontarkan.


"Kata-kata macam ni tak baik dan boleh bawa fitnah kepada semua yang mengenali dia, sebab hal solat dan agama tak boleh suka-suka dibuat main," katanya ketika dihubungi.


Sehubungan itu, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim menyarankan pihak berwajib untuk mendekati dan membimbingnya.


"Kena ada yang mahir agama mendekati dan membimbing dia. Content berani macam ni sepatutnya tak perlu ada lagi dah sebab hanya membawa kepada bad marketing dan ini boleh mencetuskan suasana tak baik atau negatif dalam masyarakat," ujarnya.


Sumber 1 : Berita Harian

Sumber 2 : mStar Online

No comments:

Powered by Blogger.