Header Ads

(VIDEO) Ryzal Durian Kimchi mohon maaf terbuka depan Persatuan Anak Borneo, sedia terima apa jua hukuman keatasnya

 


Baru-baru ini viral satu video di media sosial yang memaparkan influencer terkenal Ryzal Durian Kimchi yang dikatakan dengan tidak sengaja memperlekehkan budaya kaum Iban.


Sejurus tersebarnya video tersebut, ramai netizen terutamanya masyarakat Iban khususnya yang bengang dengan gurauan tidak bertempat dari Ryzal dan telah membuat laporan polis dan meminta influencer tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.


Aku dan tidak ingin memanjangkan lagi kontroversi tersebut, Ryzal Ibrahim dan isterinya Maryam tampil bersemuka secara live dengan NGO Pertubuhan Kaum Dayak.



Pasangan tersebut telah bertemu dengan wakil daripada Persatuan Anak Borneo Semenanjung (PABS) untuk membuat permohonan maaf terbuka yang disiarkan secara langsung.


"Pada hari itu kami ke stesen televisyen untuk sebuah rakaman program, Maryam akan pakai pakaian tradisional setiap kaum.

"Pada waktu itu, sejujurnya saya nampak cantik cuma ketika merakamkan video terbabit saya melebihi had gurauan.

"Saya hanya bergurau dengan Maryam, saya minta maaf lagi sekali. Andai mengguris hati atau menghina kaum Iban saya minta maaf. Kalau perlu minta maaf orang Sarawak, saya akan ke sana.

"Saya hidup berbilang kaum, saya menghormati setiap budaya. Ini kali pertama kesilapan saya membuat gurauan begitu.

"Memang patut saya dihukum orang ramai dan terima kecaman. Ini memberi pengajaran dan akan lebih berhati-hati tidak bergurau tentang makanan, bahasa dan apa juga khazanah negara kita," kata Ryzal.

Selain permohonan maaf secara terbuka, Ryzal juga terbuka untuk berunding mengenai penyelesaian terbaik bagi meleraikan kemelut yang melanda termasuk permohonan maaf mengikut adat istiadat orang Iban.

"Saya menerima apa sahaja bentuk penyelesaian, jika perlu diselesaikan mengikut adat istiadat Sarawak, saya terima. Saya sanggup," katanya.




Sementara itu, Ryzal juga sudah berhubung dengan pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berhubung laporan polis yang dibuat ke atasnya bagi memberikan kerjasama.


Kes disisat mengikut Sek.syen 504 Kanun Kesek.saan kerana sengaja mengalbkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Sek.syen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.


Menjenguk diruangan komen, rata-rata netizen memaafkan kekhilafan dari Ryzal dan berharap tidak lagi mengulangi gurauan sedemikian rupa walau dengan bangsa lain sekalipun.





"Salute dgn Ryzal dan Maryam berani tampilkan diri untuk membuat permohonan maaf secara live berkali2 🙏 benda bukan mudah untuk dibuat berhadapan dgn masyarakat Sarawak. Banyak org sudah buat silap disaksikan oleh semua pihak tapi masih menafikan kesalahan dn enggan membuat permohonan Live dan sy dpt melihat kerendahan hati seseorang itu memohon pengampunan dri masyarakat Sarawak sesuatu yg agak susah dilakukan tapi hati Ryzal dn isteri kental. Kami maafkan Ryzal awal sudah semasa buat live 1 hrtu bersama Cardock. 😃😃Jgn buat lagi ya. Lpas pandemic tkda lgi boleh lawat Sarawak nanti bnyk bnda boleh belajar. " - Michelle Nelly Simon


Alhamdulillah, inilah sikap yang kita mahu, sudah melakukan kesilapan dan membuat permohonan maaf secara bersungguh-sungguh dan rela terima apa jua hukuman demi menjernihkan kembali keadaan. Semoga perjalanan seni pasangan ini semakin berjaya hendaknya..


Artikel dipetik dari Gempak

No comments:

Powered by Blogger.