Header Ads

Saya masih jalani rawatan dengan pakar SAKlT JlWA, kata Janna Nick

 


Baru-baru ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan pendedahan dari selebriti popular, Janna Nick yang mendedahkan dirinya menghidap penyaklt bipoIar. Dia juga didapati telah mengasingkan seketika dirinya dari memuat naik sebarang posting di media sosial selama beberapa minggu.


Terbaru, Janna berkata dia masih lagi menjalani rawatan dengan pakar saklt jlwa.


Menurut Janna, dia akan berjumpa dengan doktor pakar saklt jlwa setiap minggu untuk mendapatkan rawatan berhubung masalah tersebut.


“Saya masih menjalani rawatan dengan pakar saklt jlwa dan akan berjumpa dengan doktor pada setiap minggu. Alhamdulillah, keadaan saya baik kerana sekarang berada di bawah pengambilan ubat-ubatan,” ujarnya.


Dalam pada itu, Janna berkata dia ada mengambil ubat-ubatan namun berdepan kesukaran ketika bekerja keran kesan ubat tersebut membuatkan dia rasa mengantuk dan tenang.

“Ada sedikit kesukaran kerana ubat tersebut tidak sesuai diambil ketika saya sedang bekerja. Kesannya akan membuatkan saya tenang dan berasa mengantuk. Sebab itu sudah tiga kali saya tukar ubat,” katanya.




Ditanya mengenai penerimaan keluarganya dengan keadannya itu, Janna berkata ibunya akui terkejut. Namun dia memberi penerangan kepada keluarga mengenai masalah yang dilaluinya.

“Jujurnya keluarga memang terkejut. Mereka tidak jangka pendedahan tersebut. Tapi sebenarnya keluarga tahu tentang beberapa cubaan saya untuk memb***h diri suatu ketika dahulu,” ujarnya.

Terdahulu, Janna mendedahkan dia mengalami masalah gang.guan bipoIar serta mengaku pernah dua kali cuba memb***h diri ketika di usia remaja.



 
SUMBER  KOSMO! VIA ROTlKAYA

No comments:

Powered by Blogger.